Buah labu selalunya sedap kalau dibuat masak lemak. Tapi selain tu, boleh juga dibuat kerepek. Selalu kita makan kerepek ikan. Kemudian macam-macam kerepek lagi muncul misalnya nangka dan peria. Kali ini RASA ingin tampilkan resipi kerepek labu pula. Nampak macam sedap.
Ads
KEREPEK LABU RANGUP LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN
1 biji labu
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong labu kecil-kecil.
2. Buang kulit labu. Jangan kupas terlalu tebal. Sagat nipis-nipis.
3. Basuh di bawah aliran air. Tidak perlu rendam dalam air garam.
4. Keringkan atau jemur di bawah cahaya matahari untuk keringkan.
5. Panaskan minyak masak. Goreng dengan api yang sederhana.
6. Sejukkan dulu kerepek sebelum masukkan dalam balang.
Permintaan anak.Katanya tgh viral skrg ni.Haritu pergi beli.. try rasa,sedap.Tapi agak mahal, sebatang hmpir rm10.. Cuba buat sendiri… alhamdulillah boleh la daripada tak jadi langsung… sy share resipi..
CORN DOG Bahan-bahan:
Sediakan sosej dan mozarela blok..
Potong panjang2….
Cucuk sosej dulu, pastu cucuk mozarela..
asingkan… buat bancuhan tepung…
1.kacau bg sebati adunan tepung, dan salut pada sosej dan mozarela yg dh cucuk td..
2.kemudian salut pulak breadcrumb dan goreng dgn api panas..
3.curah sos cili, sos blackpepper, cheese powder dan mayonis..
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
JERUK MANGGA EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 plastik buah mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
2 genggam garam kasar
1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
1 kg gula
3 cawan air
2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Jika ada lebihan nasi yang dimasak, usah dibuang. Apa kata kita olahkan menjadi cucur ikan bilis nasi pula. Mudah saja membuatnya.
Resipi perkongsian daripada Jaja Noriza ini memang menarik. Elok saja membulat cucurnya dan lembut je isi di dalamnya. Rangup pula di luarnya. Ada bahan rahsia rupa-rupanya.
Cicah pula dengan sos cili atau sambal tumis. Memang padu! Tak sedar, sebiji demi sebiji habis dimakan.
Campurkan bawang, tauge, daun kucai, daun bawang, nasi, telur dan ikan bilis di dalam mangkuk dan gaul sebati.
Kemudian, tambahkan tepung gandum dan gaulkan lagi. Campurkan sedikit air jika adunan terlalu pekat.
Masukkan garam, serbuk kunyit dan baking powder secukupnya. Kacau sebati. Adunan tak boleh cair, nanti cucur kita leper. Mesti pekat seperti di dalam gambar di bawah.
Panaskan minyak dan kemudian ceduk adunan guna jari-jemari sahaja untuk memudahkan dapat bentuk bulat-bulat.
Goreng sehingga garing dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Jika tak gunakan baking powder pun tak apa, janji adunan pekat.
Pastikan adunan pekat supaya dapat cucur yang bulat. Jika terlebih atau terkurang, tambahkan saja tepung atau air, janji adunan pekat.
Adakala, boleh letakkan juga 2 sudu besar marjerin dalam adunan. Cucur akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam.
Cicah dengan sos cili atau sambal tumis. Memang sedap.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...