Buah labu selalunya sedap kalau dibuat masak lemak. Tapi selain tu, boleh juga dibuat kerepek. Selalu kita makan kerepek ikan. Kemudian macam-macam kerepek lagi muncul misalnya nangka dan peria. Kali ini RASA ingin tampilkan resipi kerepek labu pula. Nampak macam sedap.
Ads
KEREPEK LABU RANGUP LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN
1 biji labu
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong labu kecil-kecil.
2. Buang kulit labu. Jangan kupas terlalu tebal. Sagat nipis-nipis.
3. Basuh di bawah aliran air. Tidak perlu rendam dalam air garam.
4. Keringkan atau jemur di bawah cahaya matahari untuk keringkan.
5. Panaskan minyak masak. Goreng dengan api yang sederhana.
6. Sejukkan dulu kerepek sebelum masukkan dalam balang.
Siapa tak suka kalau bahan yang digunakan dalam masakan semudah 123! Zaman sekarang semua benda nak cepat, mudah, sedap dan murah. Kali ni viral pasal biskut viral 3 bahan yang hasilnya cair di mulut. Terkejut dengan cara masakannya, buat ramai peminat dapur terjebak. Apa lagi, jom cuba!
Acu Yuhan Biskut Susu, sangat mudah dan senang, bahan yang diperlukan pon cumalah 3 bahan utama saja. Biskut ini sangat sedap dan bila dimakan ia akan mencair didalam mulut. Kalau ikut acuan Semperit betul memang rumit dan banyak kerja. So buat Semperit mudah saja.
3) Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau
4) Putar sehingga adunan boleh dibentuk. Bentukkan adunan ikut suka hati dan bakar pada suhu 140 C selama 15 minit (bergantung kepada oven masing masing)
Kongsi resipi: Ayu Yunan Blog
Tapi kalau bahan dalam doh terkurang atau lebih, silap hari bulan kejadiannya pun tak segebus seperti yang diviralkan
tapi jangan risau selagi biskut cair dalam mulut jadilah tu hehe…
Tauhu Begedil ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak disediakan. Namun menerusi perkongsian Puan Siti Misyati, beliau kongsikan resipi Tauhu Begedilyang paling mudah dan sedap. Kosnya pun tak mahal. Malah inilah resipi yang digunakan untuk perniagaan Tauhu Begedil yang beliau usahakan. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERGEDIL HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Tauhu pok/tauhu kering secukupnya
BAHAN INTI:
Ubi kentang – bergantung pada jumlah tauhu yang nak dibuat
Bawang Holland – potong dadu
Daging kisar – lebih banyak lebih sedap
Daun sup – dicincang
Serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN SALUT:
Telur secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland dan daging kisar hingga masak. Kemudian masukkan daun sup, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya. Gaul rata. Angkat.
2. Kupas ubi kentang dan rebus hingga empuk. Tambah sedikit garam kemudian lenyek hingga halus.
3. Satukan daging yang ditumis tadi dengan ubi kentang lenyek. Gaul rata hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan inti supaya senang untuk disumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.
5. Sumbat bebola kentang ke dalam tauhu yang dipotong sedikit. Kemudian celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.
6. Goreng hingga keperangan. Angkat dan nikmati bersama sambal kicap.
RESIPI SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
Cili padi hijau – ikut kepedasan yang dikehendaki
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
Gula dan sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit layu.
Angkat dan kisar bahan goreng tadi bersama kicap, gula secukupnya, sedikit garam dan sedikit minyak gorengan tadi.
Idea sajian mudah & sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa.
POPIA ROTI
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.