Kerepek Tempe Rangup Rasa Berempah, Ini Teknik Hirisannya Nipis

Share

Enaknya kudapan kerepek tempe goreng yang rangup lagi rasa berempah ini. Lebih enak apabila tempe tersebut dihiris nipis-nipis. Lagi bertambah rangupnya sampai ketagih dibuatnya. 

Bagaimana nak menghasilkan kerepek tempe yang nipis dan rangup begini? Perkongsian resipi kerepek tempe daripada Eka Zahra ini ada tipsnya untuk menjadikan hirisan tempe ini nipis dan kekal rangup.

BAHAN-BAHAN:

Tempe – Boleh beli online di sini

Bawang putih (ditumbuk halus) – Boleh beli online di sini

Serbuk ketumbar – Boleh beli online di sini

Garam

Air

Minyak (untuk menggoreng)

CARA MEMASAK:

Hiriskan tempe nipis-nipis. Boleh gunakan cutter sahaja.

Hasilnya, hirisan tempe akan jadi lebih nipis berbanding menggunakan pisau.

Kemudian, celupkan hirisan tempe ke dalam bancuhan air yang dicampur bawang putih (yang ditumbuk halus), garam dan serbuk ketumbar.

Gorengkan ke dalam minyak panas, api sederhana sehingga buih-buih minyak hilang.

Setelah itu, angkat dan toskan.

 

Kredit: Eka Zahra

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida