Bila petang-petang sedap pula nak mengunyah. Kalau bukan goreng pisang, keropok lekor dah jadi kemestian. Tapi bila beli keropok ada jer yang kurang rasa. Lebih baik buat sendiri, puas makan. Simple je buatnya.
KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/ikan sardin
2 cawan tepung sagu ( jika tiada, boleh juga diganti dengan tepung ubi)
CARA MEMBUAT:
1.Cuci ikan bersih2 dan asingkan tulang dengan isi.
2.Masukkan isi ikan dlm blender.. masukkan juga beberapa ketul ais + sedikit garam. Blend lumat!
3.Isi ikan yang telah dikisar tadi digaul bersama tepung sagu. Uli hingga menjadi doh.
4.Tabur sedikit tepung.. then, gentel memanjang mcm ni.
5. Doh yang siap digentel memanjang
6.Masukkan dlm air yang sedang mendidih.. tunggu hingga keropok timbul, baru angkat!
7. Siap!
Kredit : Ilham Media
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Disaji Pada Tetamu.
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya bila tetamu dapat merasa. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan air
- 2 cawan tepung roti
- 1/4 camca teh yis segera
- 1 camca teh gula
- 1 camca teh garam
- 1/2 camca teh soda bikarbonat
- 1 camca besar minyak mazola
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
- Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
- Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
- Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
- Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
- Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
- Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Siap utk di hidang
Kredit: Hamidah
Fb : Resepi Sedap Mudah Buat
Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic
Pening fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.
SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
- 1½ cawan beras sushi
- 2 cawan air
- 1/3 cawan cuka nasi
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
- 2 keping seaweed | dihiris halus
- 1 bij cili merah | dihiris halus
- 3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
- 1/2 batang merah | dicincang halus
- 4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Basuh beras sehingga bersih dan toskan
- Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
- Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
- Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
- Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
- Sedia untuk dihidangkan.
CONEY DOG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji roti sosej | belah tengah
- 100gm daging cincang
- 4 batang sosej ayam
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 2 ulas bawang merah|dicincang halus
- 1ulas bawang putih | dicincang halus
- 4sudu makan sos balognes
- 1 sudu teh serbuk kari daging
- 1 helai daun bay
- Sedikit oregano
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
- Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
- Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
- Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
- Sedia untuk dihidangkan.
SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji ubi kentang |saiz besar
- 200gm daging kisar
- 1 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih |dicincang
- 100gm keju mozarela | diparut
- 2 sudu kecil mayones
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- Garam secukup rasa
- Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
- Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
- Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
- Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
- Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
- Sedia untuk dihidangkan.
ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Rempeyek Rangup dan Sedap, Puas Makan Buat Sendiri
Salah satu kudap-kudapan tradisional yang sedap adalah rempeyek. Harga rempeyek sekarang ini pun boleh tahan. Sebab hendak membuatnya menuntut kesabaran tinggi. Perlu digoreng satu demi satu.
Jom lihat resipi yang RASA kongsikan ini daripada seorang ahli group facebook Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali.
REMPEYEK RANGUP
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur ayam
1 sudu besar air kapur
330 ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan bawang putih, buah keras, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumbuk lumat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, garam, telur ayam, air kapur dan santan. Gaul sebati.
3. Masukkan lagi santan. Kacau lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
5. Panaskan sekali acuan bulat rempeyek selama 5 minit.
6. Keluarkan acuan. Letakkan bancuhan rempeyek ke atas acuan. Letakkan juga kacang tanah dan ikan bilis ke atasnya.
7. Masukkan acuan ke dalam minyak masak yang panas.
8. Goreng sehingga rempeyek timbul dan keperangan.
9. Ulang sehingga siap semua adunan. Siap!
Untuk lebih jelas, boleh tonton video di link ini.
Semoga bermanfaat