Jika sebelum ini, laksa kering dijadikan keropok ala Twisties, kali ini tak sangka kuetiau kering juga sedap dibuat keropok. Tak usah kata anak-anak, golongan dewasa pun menggemarinya.
Hasil perkongsian resipi daripada Hanaeza Aez ini menggunakan kuetiau kering yang dicampurkan dengan pelbagai bahan campuran sebagai rencah untuk menyaluti laksa kering tersebut.
Boleh buat pada bila-bila masa, bukan sekadar mengisi balang pada Hari Raya. Snek ini memang ralit dibuatnya. Tak sedar, makan dah habis sebalang. Sedap sangat.
BAHAN UTAMA:
1 paket kuetiau kering
BAHAN SEASONING:
1 sudu besar rempah kari – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil serbuk kunyit – Boleh beli online di sini
2 sudu besar gula merah (Jaggery) – (apa-apa gula selain gula putih seperti Organic Raw Cane Sugar (ORCS) pun boleh)
1 sudu kecil garam bukit – Boleh beli online di sini
2 sudu besar chia seed
CARA-CARA MEMASAK:
Patah-patahkan kuetiau kering dan gorengkannya sehingga betul-betul kembang.
Pastikan minyak mencukup. Ianya akan mengembang sama seperti kita menggoreng keropok ikan. Dah selesai goreng, sejukkan seketika.
Kisar semua bahan seasoning sehingga halus.
Masukkan kuetiau kering yang telah sejuk tadi ke dalam bekas kedap udara.
Kemudian, masukkan bahan seasoning ke dalam bekas yang sama.
Goncangkan bekas sehingga semua kuetiau kering tadi bersalut sepenuhnya dengan serbuk seasoning tadi.
Dah siap.
Kredit: Hanaeza Aez
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official