
Bila petang-petang sedap pula nak mengunyah. Kalau bukan goreng pisang, keropok lekor dah jadi kemestian. Tapi bila beli keropok ada jer yang kurang rasa. Lebih baik buat sendiri, puas makan. Simple je buatnya.
KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/ikan sardin
2 cawan tepung sagu ( jika tiada, boleh juga diganti dengan tepung ubi)
CARA MEMBUAT:

1.Cuci ikan bersih2 dan asingkan tulang dengan isi.

2.Masukkan isi ikan dlm blender.. masukkan juga beberapa ketul ais + sedikit garam. Blend lumat!

3.Isi ikan yang telah dikisar tadi digaul bersama tepung sagu. Uli hingga menjadi doh.

4.Tabur sedikit tepung.. then, gentel memanjang mcm ni.

5. Doh yang siap digentel memanjang

6.Masukkan dlm air yang sedang mendidih.. tunggu hingga keropok timbul, baru angkat!

7. Siap!
Kredit : Ilham Media
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Bebola Bergedil Ayam Pasti Jadi Rebutan Anak-Anak

Kadang buntu juga memikirkan menu sarapan apa yang mengenyangkan. Sarapan ini pasti disukai oleh anak-anak juga. Boleh buat bebola bergedil ayam ni. Kombinasi ayam di dalam kentang boleh kenyang hingga tengah hari. Tambah daun bawang untuk memberi aroma rasa pada menu ini.
BEBOLA BERGEDEL AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 biji kentang – dipotong dadu
- Isi ayam – dikisar
- Serbuk lada sulah
- Garam
- Lada merah –dihiris
- Bawang merah – dihiris
- Daun sup – dihiris
- 3 biji telur
- Bawang goreng
CARA MEMBUAT:
- Goreng kentang yang dah dipotong dadu, kemudian lenyekkan dalam mangkuk.
- Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam, hirisan daun sup, lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.
- Kemudian gentel bulat-bulat macam meatball.

4.Simpan sebentar dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk (1/2jam) sebelum digoreng.
5.Lepas itu, pukul 2 biji telur dalam mangkuk, panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan boleh mula menggoreng. Siap untuk dihidangkan bersama soto, lada kicap atau dimakan begitu saja.
Kredit: Har Ryea
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cempedak Goreng Yang Rangup & Tak Pernah Jemu Makan

Tak lengkap rasanya musim cempedak kalau tak merasa Cempedak Goreng panas-panas, betul tak? Bau dia wangi semerbak, kulit rangup keemasan, isi lemak manis. Memang kombinasi yang buat ramai tak boleh berhenti mengunyah! Sama ada untuk minum petang atau jualan kecil-kecilan, resipi ni confirm buat orang teringat-ingat. Maklumlah, cempedak pun dah mahal kan? Jadi lebih baik buat sendiri di rumah.
CEMPEDAK GORENG

Bahan-bahan:
- 1 biji cempedak
- 1 cawan tepung gandum
- ¾ cawan tepung beras
- 2 sudu tepung pisang goreng
- 1 cawan air | adjust
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu minyak masak
- 1 sudu besar bijan
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung goreng pisang, garam, serbuk kunyit dan air. Air masuk sedikit demi sedikit mengikut sukatan tepung masing-masing. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Kemudian, masukkan minyak masak yang panas serta bijan dan kacau hingga sekata.
- Boleh celupkan cempedak dan gaul sebati.
- Di dalam kuali yang panas, masukkan cempedak dan goreng hingga keperangan.
- Lebih elok jika minyak banyak dan cempedak tenggelam supaya tak perlu nak terbalikkan.
- Angkat dan toskan.
- Cempedak Goreng sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!
Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.
Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Resipi Murtabak Daging & Kuah Cuka Bawang Macam Di Bazar Ramadan

Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
RESIPI MURTABAK DAGING HOMEMADE

BAHAN KULIT MURTABAK:
- 500gm tepung gandum cap sauh – beli online disini
- 1 sudu teh garam halus – beli online disini
- 2 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
- 2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
- 1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
- 250ml air suhu biasa
CARA BUAT DOH:
1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker)
4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya.
5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)

6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.

7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
- 1 pek daging kisar – empunya resipi guna 3 keping daging burger saiz besar yang dihancurkan
- 3 ulas bawang putih – tumbuk halus (beli online disini)
- 3 ulas bawang merah – tumbuk halus (beli online disini)
- 1 inci halia – tumbuk halus (beli online disini)
- 3 sudu makan rempah kari daging (beli online disini)
- 4 biji ubi kentang- potong dadu (beli online disini)
- Sedikit kobis – potong halus
- 1 biji bawang besar – potong dadu (beli online disini)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Sedikit minyak untuk menumis
- Telur (empunya resipi guna 2 biji telur untuk sekeping murtabak)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi.
2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.

3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.

4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.

5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.

CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK)
1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali.
2. Masak inti dan bentukkan segi empat.
3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.

4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.

5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.


6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
BAHAN JERUK BAWANG BESAR:
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 2 sudu makan cuka (beli online disini)
- 1 sudu makan gula (beli online disini)
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna rose (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati dan simpan dalam chiller sebelum dinikmati bersama murtabak.

Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Resipi Dumpling Goreng Homemade Guna Isi Ayam. Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

