Bila petang-petang sedap pula nak mengunyah. Kalau bukan goreng pisang, keropok lekor dah jadi kemestian. Tapi bila beli keropok ada jer yang kurang rasa. Lebih baik buat sendiri, puas makan. Simple je buatnya.
KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/ikan sardin
2 cawan tepung sagu ( jika tiada, boleh juga diganti dengan tepung ubi)
CARA MEMBUAT:
1.Cuci ikan bersih-bersih dan asingkan tulang dengan isi.
2.Masukkan isi ikan dalam blender. Masukkan juga beberapa ketul ais + sedikit garam. Kisar lumat!
3.Isi ikan yang telah dikisar tadi digaul bersama tepung sagu. Uli hingga menjadi doh.
4.Tabur sedikit tepung kemudian gentel memanjang macam ni.
5. Doh yang siap digentel memanjang
6.Masukkan dalam air yang sedang mendidih. Tunggu hingga keropok timbul, baru angkat.
7. Siap!
Kredit : Ilham Media
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Lokching @ Sate Ikan Homemade. Snek Orang Kelantan Paling Sedap!
Lokching; snek jalanan berupa sate ikan yang dinikmati bersama sos. Memang popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti kelantan dan Terengganu. Biasa dijual atas motor.
Kalau dulu, Lokching ni harganya 10sen sahaja secucuk. Sekarang, 5 cucuk pun dah RM2. Suka makan Lokching? Jom buat sendiri. Lagi puas hati dan boleh makan puas-puas.
RESEPI LOKCHING @ SATE IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor ikan selayang / sardin
- 1/2 biji bawang besar
- 1 1/2 cawan tepung ubi – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking soda – beli online disini
- Sedikit ajinomoto ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Hiris dan ceraikan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Boleh juga kisar.
3. Setelah ikan lumat, campurkan dengan tepung ubi, garam, baking soda dan ajinomoto. Uli hingga sebati.
4. Cubit doh dan gentel jadi bentuk bulat kecil. Lakukan hingga adunan habis. Bagi mengelakkan doh melekat pada tangan, sapu sedikit minyak masak.
5. Panaskan minyak dan goreng doh ikan tadi hingga garing. Angkat, toskan minyak dan cucuk pada lidi.
BAHAN SOS:
- 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1 1/2 cawan air
- 4 sudu makan air
- Garam dan sedikit MSG
- 2 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air
- Sedikit pewarna merah – beli online disini
CARA-CARA:
- Tumis bawang putih tanpa minyak hingga kekuningan.
- Kemudian masukkan air, gula, garam, MSG ( jika suka), bancuhan tepung ubi dan pewarna.
- Jika suka sos pedas, tumis 2-3 biji cili padi tumbuk.
- Untuk menikmati lokching, bakar sate ikan tadi hingga sedikit hangus. Kemudian nikmati bersama sos.
Kredit resipi & gambar: Eza Darwisy
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Jenis Cucur Mudah Buat Sesuai Untuk Minum Petang
Sedapnya bila dapat nikmati cucur kesukaan. Tambah pula bila dimakan panas cicah dengan sos, tambah sedap. Buat cucur ni guna bahan-bahan apa yang ada di rumah saja. Ada bilis dan sayuran sikit boleh tambah dalam adunan, maka jadilah cucur bilis.
Cucur Udang & Cili Kering Tumbuk pun tak kurang enaknya. Pendek kata, apa saja bahan yang sesuai boleh tambah dalam adunan cucur. Percayalah gerenti terangkat rasanya.
Tak perlu menu hebat-hebat nak gembirakan hati keluarga. Masakan begini pasti dapat memuaskan hati semua orang.
CARA BUAT KUIH CUCUR TOPI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gandum – beli online disini
- 1 cawan tepung beras – beli online disini
- 1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis – beli online disini
- 1 cawan air
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: HuDa Seman
CARA MASAK CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum – beli online disini
- 100gm ikan bilis – beli online disini
- 8 tangkai cili kering – beli online disini
- 1/2 cawan cincangan daun kucai
- Garam secukupnya
- Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Cucur Udang
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
Udang secukupnya
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air sejuk (agak-agak)
Segenggam taugeh
Secekak kecil kucai (kerat dua)
1/2 batang lobak merah (sagat memanjang)
1/2 sudu teh serbuk kunyit – boleh beli online di sini
1 sudu teh garam – boleh beli online di sini
Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Masukkan taugeh, kucai dan lobak merah, gaul rata dan perap selama kira-kira 30 minit.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal daripada senduk.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap. Boleh cicah dengan sambal, sos atau kuah kacang. Ikut selera masing-maaing ye.
Kredit: Eniza M. Salim
Cucur Ubi Kayu Sesuai Sebagai Kudapan Lepas Moreh
Bahan-bahan:
Isi ubi kayu secukupnya (direbus)
1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
2 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini
1 sudu besar majerin (cairkan) – boleh beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini
5 sudu besar gula kasar (tahap manis ikut Suka) – boleh beli online di sini
2 titik pewarna kuning (optional)
Cara Membuat:
Lenyekkan ubi kayu yang telah direbus sampai hancur sebati.
Buang akar yang terdapat di dalam Isi ubi kayu.
Masukkan tiga sudu besar gula ke dalam isi ubi kayu dan gaul sebati.
Bentuk dan bulat-bulatkan isi ubi kayu sampai habis. Size ikut suka sama ada nak kecil atau besar. Ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung beras, marjerin, esen vanilla, baki gula dan pewarna kuning. Kacau sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tak pekat sangat.
Panaskan minyak di dalam Kuali, celupkan isi ubi kayu yang telah dibulatkan tadi ke dalam adunan tepung sebelum menggoreng. Ulang sampai Habis.
Goreng cucur ubi kayu sampai kekuningan dan angkat. Siap. Selamat mencuba.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
2 Menu Sedap, Ringkas Untuk Yang Berdiet
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan daun ketumbar
- 1 ulas bawang putih
- 15gm daun pudina
- 1 sudu makan kacang tanah, dibakar
- 1/3 cawan minyak zaitun
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 1/4 cawan keju cheddar
- 1 biji limau nipis | diambil jus
- 2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 buku roti Perancis
- 1 biji tomato | dihiris
- 3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
- Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
- Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
- Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
- Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
- Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
- Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
- 250ml santan
- Kepingan tortilla secukupnya
- 5 helai daun salad | dihiris
- Sedikit daun ketumbar | dihiris
- 2 biji tomato | dihiris
- Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
- 2 sudu makan serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk pala
- 2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 2 biji buah tomato | dicincang
- 3 inci halia | ditumbuk lumat
- 6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
- Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
- Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
- Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.