Kuih Kesari merupakan antara kuih tradisional dan manisan yang popular dalam kalangan masyarakat India. Memang sedap! Patutlah Kuih Kesari ini menjadi kuih kegemaran suami dan anak-anak Lynn Mikael.
Untuk menambahkan lagi keenakan Kuih Kesari, Lynn Mikael telah menggunakan Keju Chesdale di dalam resipi ini. Ternyata hasilnya sangat menakjubkan. Gabungan rasa manis dan masin keju ini memang ‘ngam’. Sekali rasa, pasti nak lagi.
Keju Chesdale diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari New Zealand di mana setiap kepingan mengandungi kalsium dan protein yang tinggi. Patutlah bertambah enak Kuih Kesari kita. Ini resipi perkongsian Lynn Mikael untuk anda semua. Selamat mencuba!
KUIH KESARI
Ads
BAHAN-BAHAN:
3-4 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan kacang gajus
250gm tepung suji
750ml air
Sedikit garam
250gm gula pasir
5 sudu makan susu pekat manis
Sedikit pewarna oren/kuning
5 biji buah pelaga
9 keping Keju Cheddar Chesdale
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu makan minyak sapi. Kemudian goreng kacang gajus hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 sudu makan lagi minyak sapi dan masukkan tepung suji. Pastikan masak guna api perlahan.
Masak sekejap tepung tadi kemudian angkat dan ketepikan.
Dalam periuk bersesuaian, masukkan air dan garam. Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
Masukkan susu pekat manis & sedikit pewarna oren.
Kemudian masukkan buah pelaga yang sudah ditumbuk halus.
Dengan api perlahan, masukkan tepung suji. Kacau selalu supaya tepung tidak berketul dan masak sehingga pekat.
Kemudian masukkan kacang gajus dan tambah 1 sudu makan minyak sapi. Gaul rata.
Adunan Kesari siap. Masukkan setengah adunan ke dalam loyang. Susunkan Keju Cheddar Chesdale pada bahagian atas adunan dan masukkan setengah lagi adunan ke dalam loyang.
Walaupun sekarang ni banyak kuih moden yang dibuat, kuih legend tetap ada peminatnya. Jangan dilupa kuih-kuih orang lama ni. Sedap sesangat. Kena ambil tahu juga cara nak buat kuih lama. Biar kekal sepanjang zaman. Nah, RASA kongsikan resipi kuih tepung bungkus. Senang je. Sukat pun guna cawan je uols.
TEPUNG BUNGKUS
(dapat 12-14 biji)
Bahan-bahan adunan putih
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam
Daun pandan
Cara membuat
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Panaskan atas api perlahan sehingga likat dan berkilat.
Bahan Inti:
2 sudu gula pasir
1/2 biji gula melaka / nise
Sedikit air
1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
Daun pandan
Cara membuat
1. Masak gula dengan sedikit air. Letak daun pandan.
2. Kemudian tapis ke dalam kelapa parut. Masak dengan api kecil.
3. Hampir kering, letak tepung gandum. Kemudian sejukkan.
4. Bulat-bulatkan inti.
Cara menyediakan
1. Daun pisang dilayur atas api.
2. Letak adunan putih. Kemudian letak inti dan sedikit lagi adunan putih.
3. Lipat kemas. Kukus 10 minit.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Riesha Liena berkongsi resipi apam jagung. Dimaklumkan bahawa apam jagung adalah kegemarannya disebabkan rasanya yang lemak manis.
Dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini, anda boleh dapat 31 biji apam. Berbaloi sangat, kan?
Jom kita lihat resipinya.
APAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN
1 cawan air suam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk santan
1/2 sudu kecil garam
2 cawan tepung beras (ayak)
1 cawan tepung gandum (ayak)
Pewarna kuning (jika suka)
1 cawan penuh jagung creamy dalam tin
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar halus.
2. Jika mahu jagung kasar, jangan kisar jagung.
3. Peram selama 2 jam.
4. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat ketika hendak keluarkan apam.
5. Masukkan adunan dalam acuan. Panaskan pengukus.
6. Masukkan apam ketika air betul-betul mendidih. Air kukusan jangan terlalu banyak sangat.
7. Kukus selama 15 minit.
Kukus.Selepas dikukus.Boleh buat bentuk lain.Gebu jadinya.Nampak sedap!
Musim buah cempedak masih lagi ada. Buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Kebiasaannya ia dijual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.
Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.
Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.
Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng
Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras klik sini untuk beli secara online
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan.
2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap).
3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!