Memang susah untuk menarik minat selera seisi keluarga yang bermacam ragam. Tetapi dengan hidangan ringkas isi ayam yang di goreng ranggup dan makan ketika masih hangat membuka selera mereka untuk menjamah lagi.

Kesedapan Ayam Pop Krup Krap Ranggup Menarik Selera Seisi Keluarga. Boleh Buat Stok Frozen Di Rumah.

AYAM POP KRUP KRAP

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm dada ayam – potong dadu dan toskan
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh kari
  • ½ sudu teh paprika (lebih kalau nak rasa pedas)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan nestum / oat

 

CARA-CARA:
1. Gaul rata ayam dengan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam. Perapkan selama 30minit atau 1jam.
2. Satukan dan gaul rata tepung gandum dan serbuk kari dalam mangkuk.
3. Pukulkan telur dalam mangkuk lain.
4. Masukkan nestum dalam mangkuk lain.
5. Celup ayam dalam telur. Selepas itu salutkan dengan tepung. Celup dalam telur sekali lagi. Last sekali salut dengan nestum.
6. Ulang sehingga ayam habis.
7. Masak dalam minyak yang panas dan api sederhana sehingga warna keemasan.

Ads

 

Ads

Info:

  1. Boleh buat stok banyak. Selepas dah siap salut ayam dengan nestum, letak dalam bekas dan simpan dalam freezer. Bila-bila nak makan, keluarkan dari freezer dan terus goreng.
  2. Sedap dimakan begitu saja pada waktu sarapan atau kudapan petang atau malam 
  3. Untuk tambah kesedapannya boleh cicah dengan sos , mayonis, cheese, atau sos buatan sendiri.


Kredit: nurul nadiah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI