Tam yang dimaksudkan disini bukannya manusia tetapi ianya seekor lembu haiwan peliharaan, namun kehidupan harian seekor lembu di Kampung Batu 14, Pokok Sena, Kedah ini penuh dengan kasih sayang. Apatah lagi setiap petang, menjadi rutin harian lembu yang dipanggil Tam ini akan ke halaman rumah tuannya untuk menikmati biskut dan air kopi.
Menurut Abdul Mutalib Chin atau dikenali sebagai Pakcik Lib, 55 tahun, telah membela anak lembu betina berusia 30 bulan ini sejak usianya 18 bulan lagi.Rutinnya pada setiap pagi Tam dan ibunya akan meragut rumput di padang dan seleranya berubah pada waktu petang.
Saya tak bagi tetapi dia (merujuk kepada Tam) akan masuk ke halaman rumahnya dan ambik makanan dari dalam, bermula dari itu saya mula bagi Tam makan dan saya bela dia macam bela anak jugaklah” katanya
“Dia akan datang kerumah kalau dia lapar, kadang-kadang dia tak masuk hanya tunggu di luar. Tam akan makan roti dan biskut setiap hari dan selain minuman kopi, Tam juga suka minum teh”.
Pesara tentera ini juga berkata Tam suka bermain bersama kanak-kanak, malah dia juga sangat prihatin dimana dia akan bising jika ibunya lapar dan melihat ibunya di tengah panas.
Manjanya luar biasa, kalau dipanggil namanya dia akan segera datang. Kalau dia atau maknya lapar dia akan panggil. Selalunya kalau Tam panggil tu saya dah tau yang maknya duduk di tengah panas, sifat kasih sayangnya kuat!”, kata Pak Lib lagi.
Begitulah kasihnya Pak Lib memelihara haiwan ternakannya yang sangat cerdik dan sanggup menjaga Tam tanpa berkira dan menganggap seperti menjaga anaknya sendiri. Tidak kiralah apa juga haiwan peliharaan kamu, jika telah diamanahkan pelharalah dengan baik dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Astro Awani