Sewaktu kita membeli barang, pastinya kita akan melihat tarikh luputnya. Perasan atau tidak, ada sesetengah barang menggunakan ‘Guna Sebelum (Use By)’ dan ada juga yang menggunakan ‘Baik Sebelum (Best Before)’. Sebenarnya, ada perbezaan antara dua perkara ini. Ahli kimia bernama Fatimah Salim ini beri penjelasan mengenai dua perkara ini. Ayuh kita baca perkongsiannya.
BEZA GUNA SEBELUM DAN BAIK SEBELUM
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Guna Sebelum (Use By)
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Ads
Baik Sebelum (Best Before)
Ads
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Ads
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair), warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:
Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Rak barang dapur sememangnya jadi keperluan. Mana tidaknya, dapur yang kemas dan teratur semestinya menyedapkan mata memandang dan memberi kepuasan buat ibu-ibu. Deretan botol-botol sos, rempah, perasa dan sebagainya yang tersusun rapi, memberikan ‘mood’ gembira bila memasak.
Rak sebegini jika dibeli, harganya boleh tahan. Ada yang mencecah belasan hingga puluhan ringgit. Tapi kadang-kala, tak tahan lama.
Menerusi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin, beliau menunjukkan cara-cara untuk membuat rak gaya inggeris yang boleh dihasilkan sendiri secara DIY menggunakan barangan dari kedai Eco sahaja.
Ya! Guna barang kedai RM2 je puan-puan. Ditambah dengan sedikit kreativiti, hasilnya memang memang menakjubkan. Kos keseluruhan hanya RM10.50 sahaja.
Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan serta cara-cara membuatnya.
Pernah tak alami situasi nak beli kucai terbeli daun bawang. Haha…mesti adakan? Ini adalah perkara biasa kerana kedua-dua jenis daun ini hampir sama dari segi rupa bentuk dan warna. Sebenarnya, daun kucai langsung tak sama dengan daun bawang. Kalau nak tau perbezaannya, korang boleh baca info berikut:-
Daun Bawang adalah Bawang & Kucai adalah Daun:
Walaupun kedua jenis daun ini dalam keluarga yang sama iaitu ‘bawang’ namun daun bawang lebih sesuai dipanggil bawang kerana ia dicabut seperti bawang dan dijual dengan akar sekali sama seperti bawang. Sementara kucai adalah sejenis daun, sebab ia dipotong lebih kurang 5 cm dari pangkal pokok sebelum dijual.
Bentuk Fizikal & Warna:
Secara fizikalnya kedua-dua daun hampir sama bentuk dan panjang. Namun daun bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat, panjang, dan lembut teksturnya berbanding daun kucai yang lebih nipis pandat hampir sama dengan rumput. Kalau dipegang daun bawang lebih lembut dan rapuh kerana bentuknya seperti penyedu minuman berlubang di tengah. Walaupun sekilas pandang kedua-dua daun berwarna hijau, tetapi daun bawang berwatna hijau lembut dan menjadi putih di bahagian pangkalnya sedangkan kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal.
Rasa & Bau:
Daun bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila campurkan dalam makanan dan dimakan. Sementara daun kucai aromanya hampir sama dengan bau bawang putih. Jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat.
Fungsi Dalam Masakan:
Berbading daun kucai, daun bawang digunakan sebagai pelengkap rasa dalam makanan, seperti dimasukkan dalam sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Sementara daun kucai kerap dijumpai dalam makanan, seperti campuran dalam cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain. Namun jika digunakan sebagai pelengkap makanan, kedua-duanya boleh digunakan dan boleh digantikan antara satu sama lain.
Korang kecewa dan marah tak bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Harap korang tak cepat putus asa, Ini RASA kongsikan cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur dan sempurna hasil gorenganya.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau dalam plastik tiup, potong dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!