Sewaktu kita membeli barang, pastinya kita akan melihat tarikh luputnya. Perasan atau tidak, ada sesetengah barang menggunakan ‘Guna Sebelum (Use By)’ dan ada juga yang menggunakan ‘Baik Sebelum (Best Before)’. Sebenarnya, ada perbezaan antara dua perkara ini. Ahli kimia bernama Fatimah Salim ini beri penjelasan mengenai dua perkara ini. Ayuh kita baca perkongsiannya.

BEZA GUNA SEBELUM DAN BAIK SEBELUM

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Guna Sebelum (Use By)

Ketahui Perbezaan Tarikh Luput Barang ‘Guna Sebelum’ Dengan ‘Baik Sebelum’

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

IKLAN

 

Baik Sebelum (Best Before)

IKLAN

Ketahui Perbezaan Tarikh Luput Barang ‘Guna Sebelum’ Dengan ‘Baik Sebelum’

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

IKLAN

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair),  warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

 

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

  • Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

KREDIT: FATIMAH SALIM

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI