Ketam Rasam India Sup Yang Bagus Untuk Rawatan Kesihatan

Share

Rasam berasal daripada negara selatan India. Ia juga dikenali ‘Indian Clarified Herbal Consome’ Mengikut masyarakat india rasam adalah sup yang baik untuk merawat selesema, batuk, sejuk badan dan demam yang ringan. Ia juga baik untuk sistem penghadaman dan sesuai untuk mereka yang ingin kuruskan badan.

KETAM RASAM

BAHAN-BAHAN:

  • Ketam
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 biji tomato
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • Segenggam daun kari
  • Sedikit cili kering
  • 2 batang cili hijau
  • 3 sudu teh rempah campur (jintan manis, jintan putih, biji ketumbar & lada hitam dikisar)
  • 1 sudu makan lada hitam yang dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.
  • 1 sudu makan halba campur

 

CARA MEMASAK:

1. Tumis halba campur.

 

2.Masukkan bawang putih dan tumis hingga sedikit kuning.

 

3. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis.

 

4. Setelah bawang layu masukkan cili kering & daun kari.

 

5. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata

 

6. Masukkan rempah campur dan biarkan pecah minyak sekejap.

 

7. Masukkan tomato dan cili hijau.

 

8. Selepas itu masukkan ketam dan gaul rata

 

9. Tutup periuk dalam 2 minit untuk keluarkan jus dari ketam.

 

10. Buka penutup dan gaul sekali lagi.

 

11. Masukkan 3 cawan air.

12. Biarkan mendidih dan masukkan lada hitam. Perasakan dengan garam. Tutup api dan taburkan sedikit daun ketumbar. Sedia dihidang.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: SheeNa Haikal

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/wow-sedapnya-sambal-sotong-tumis-berempah/

http://www.rasa.my/rahsia-masak-tomyam-secepat-sesedap-seperti-di-kedai-ala-luq/

 

Published by
Zera Naim