Kuih ketayap memang kuih muih tradisi yang tidak jemu makan. Sesekali kita tukar inti ketayap dari inti manis ke inti kari. Sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.
Ketayap Berlauk Bahan-bahan kulit: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan air 2 biji telur 1/2 sudu teh garam Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(pilihan)-BELI ONLINE DI SINI
Bahan inti: 3 biji ubi kentang(potong dadu) Sedikit isi ayam atau daging- (dipotong kecil-kecil)guna daging atau ayam kisar lagi mudah. 2 ulas bawang putih(potong dadu) 1 biji bawang merah(hiris dan potong dadu) 1 paket rempah kari daging(kecil)-BELI ONLINE DI SINI Daun sup Garam Penambah rasa(aji)
Cara buat kulit: 1.Campur semua adunan untuk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang.Kacau guna whisk.Tapiskan.. 2.Kemudian ambil satu senduk dan tuang atas kuali non stick, lagi mudah. ulangi hingga adunan habis.
Ads
Untuk inti: 1.Sediakan kuali,tuang sedikit minyak. 2.Tumis bawang merah,putih yang dah dipotong dadu. 3.Masukkan rempah kari.(telah dibancuh dengan air) 4.Gaul sebati. 5.Tambah air sedikit. 6.Biar terbit minyak. 7.Masukkan ayam atau daging. 8.Masukkan kentang yang dipotong dadu. 9.Letak garam,serbuk ajinomoto perasakan,taburkan daun sup.Tunggu hingga kering sikit dan angkat. 10.Biarkan sejuk.kemudian ambil dadar tadi.letak inti dan lipat atau gulung. Macam buat ketayap inti kelapa. 11.Siap untuk dihidang. Airtangan dan gambar oleh: Eniza M. Salim
Kalau petang hari dihidangkan kuih kasturi bersama kopi atau teh hangat memang layan! Kuih kasturi masih popular dan dikenali ramai hingga kini. Admin yang Gen Z pun kenal kuih ni tau. Sedap sangat kuih ni kalau kena dengan cara pembuatannya. Asyik beli frozen je apa kata kalini cuba buat sendiri? Resipi ni telah dikongsikan oleh Norul Ashikin Osman di Facebook. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba!
KUIH KASTURI
BAHAN-BAHAN:
INTI
1 cawan kacang hijau.. Rendam 2 jam
3 cawan air
Kelapa parut 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan (kurangkan kalau taknak manis)
Garam sedikit
Tepung gandum 1/3 cawan
CARA PENYEDIAAN:
-Rebus kacang dengan air sampai lembut.. kalau andai kata kacang dah lembut tapi air masih banyak, buang sikit2 air tu.
– Masuk gula, garam, kelapa gaul2 sekejap.. akhir sekali masuk tepung gaul2 bagi sebati.. Tutup api.. Sejukkan dlu…
-Masa nak bentukkan dia tangan letak minyak bagi kurang melekat kat tapak tangan..bentukkn bulat comel.. Leperkan.
BANCUHAN SALUT TEPUNG
Tepung gandum 1 cawan
Tepung beras 1/3 cawan
Garam
Serbuk kunyit sedikit sahaja
Air secawan.. (masuk sikit2. Bancuhan jangan cair jangan pekat sangat)
Selain daging yang dimasak rendang, daging goreng juga sedap dimakan dengan nasi himpit. Boleh try masak resipi yang RASA kongsikan ini. Rasanya pedas-pedas. Ditambah terung untuk menyedapkan lagi rasanya.
DAGING GORENG MASAK SAMBAL CILI API DENGAN TERUNG
Bahan A
3 sudu makan minyak masak
10 biji cili api (dihiris)
500 gram daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun bawang
2 biji tomato
2 biji terung pendek (hiris lebar)
Bahan B (dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yang sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan terung. Kacau rata.
Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.
Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan santan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.