Ketupat Manis Kacang Dengan Serunding, Padu Gabungan Rasanya

Share

Ketupat Manis Kacang atau ketupat palas dari Kelantan ini sememangnya sedap. Dinikmati pula bersama serunding, memang tak cukup satu.

Eyka Ibrahim sudi berkongsi resipi dan cara-cara untuk membuat Ketupat Manis Kacang atau Ketupat Serunding ini.

Menurutnya, bila dah makan sebiji ketupat ni, rasa nak makan lagi dan lagi. Sedapnya lain macam, sampai tak boleh berhenti makan. Walaupun sakit tangan juga nak membalut ketupat palas ini, tapi demi nak makan, digigihkan juga. Resipi air tangan bondanya tak pernah mengecewakan. Jom kita cuba buat.

BAHAN-BAHAN:

1kg beras pulut – Boleh beli online di sini

½ kg santan

Daun palas

Kacang mata hitam / kacang ketupat 

Gula – Boleh beli online di sini

Garam – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Cuci bersih beras pulut dan rendamkannya selama 2 jam. Kemudian, toskan dan kukuskannya.

Sediakan santan bersama secubit garam dan gaulkan sebati santan tersebut.

Selepas pulut masak, letakkan ke dalam bekas yang besar atau besen dan kacau terus atau arong pulut tersebut.

Masukkan santan tadi sebanyak 1 ½ cawan.

Kacau atau arong pulut tersebut ketika masih panas.

Masukkan gula sebanyak 1 cawan. Kacau atau arong pulut sehingga gula cair.

Setelah itu, masukkan kacang yang telah direbus asing ke dalam pulut dan kacau.

Masukkan semula pulut ke dalam kukusan untuk  dikukus kali ketiga.

Untuk tahu sama ada pulut itu telah masak atau sedia diangkat daripada kukusan, wap akan naik di kukusan tersebut.

Akhir sekali, selepas pulut dikukus untuk kali ketiga dan telah pun masak, masukkan pulut tadi ke dalam besen atau bekas besar untuk dikacau atau arong selama 15 minit.

Dah siap, bolehlah dibungkus dengan daun palas.

Setelah selesai bungkus semua ketupat tadi, boleh direbus dengan memasukkan air sebanyak 2 cawan sahaja. Jika dah kering air rebusannya, maka ketupat tersebut telah pun masak.

Selamat mencuba.

Kredit: Eyka Ibrahim

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida