Sempena Raya Aidil Fitri, pasti ramai yang sudah sibuk di dapur menyediakan persiapan juadah.
Jika di Kelantan, antara juadah wajib ada untuk raya ialah ketupat manis. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun digoreng panas.
Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi Sue Hani Abdullah.
KETUPAT MANIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – saya guna cap Angsa | rendam 5-6 jam atau semalaman – beli online di sini
500gm santan pekat – beli online di sini
300gm gula – biasa orang tua letak 1kg gula untuk 3kg beras pulut – beli online di sini
*Kalau nak tawar sikit, letak 200gm-250gm
1 sudu besar @ 20gm garam
CARA-CARA:
1. Kukus pulut 40 minit atau sehingga masak.
2. Gaul pulut dengan santan yang dilarut dengan garam hingga sebati.
3. Kukus pulut sekali lagi anggaran 20 minit/naik wap.
4. Angkat dan gaul dengan gula hingga suam/leeik (pecah biji). Orang Kelantan sebut leeik gadik. Biarkan sejuk.
5. Boleh kukus atau rebus dengan air yang sedikit (1/3 tenggelam ketupat) hingga kering air. Dasar periuk lapik dengan lebihan tangkai daun yang dipotong.
6. Bila dah sejuk, boleh dibalut seperti biasa. Biasa org dulu-dulu buat masa masukkan pulut dalam kelongsong, ditekan hingga padat.
Nota:
1. Jangan risau jika pulut nampak melekit atau masa kita buka daun untuk makan nampak ada melekit macam basi. Sebab pulut banyak gula, sebab itu yang jadi macam tu.
2. Kalau tak habis dalam masa 3 hari, boleh disimpan dalam peti. Jika nak makan boleh kukus atau goreng tanpa kulit. Sedap sangat.
Kredit resipi & foto: Sue Hani Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: