Siapa rindu dengan kuih tepung gomak ni? Kuih ni jarang dijual dan kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Rasa kenyal dengan inti kelapa manis di dalamnya memang sungguh nikmat.Buat yang ingin mencuba, boleh ikut step by step membuatnya. Selamat mencuba
KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS
Bahan inti:
½ biji kelapa parut muda
3 sudu makan gula merah / gula melaka
3 sudu makan gula pasir
2-3 helai daun pandan disimpul
1 cawan air
1-2 sudu makan tepung gandum
(Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)
Cara membuat:
Didihkan air bersama daun pandan.
Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika.
Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering.
Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan.
Bulat-bulatkan besar ikut cita rasa.
Bahan doh:(untuk hasilkan 20biji kuih)
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan membukit tepung gandum
1½ cawan air
Sedikit garam
(Cawan 250ml)
Cara membuat:
Larutkan garam bersama air.
Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.
Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.
Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras.
Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.
Didihkan air dalam periuk.
Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.
Untuk salut:
Kacang hijau
Cara membuat:
Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.
Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.
Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.
Sangai tepung kacang hijau lagi sekali.
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
ATAU CARA PALING MUDAH
Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual.
Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Hasilnya not bad!
Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih KOLE KACANG, BATANG BURUK & PUTU KACANG !
Buat cucur bilis nampak macam senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Selalunya cucur jadi liat dan keras bila sejuk.
Macam macam tip dikongsi bagi memastikan cucur bilis hasilnya bukan saja sedap tapi lembut dan rangup, antaranya menggunakan air panas. Tapi selain dari cara ini satu lagi tip adalah dengan menggunakan nasi sejuk yang dikisar.
Tip cucur bilis lembut, campur nasi kisar dalam adunan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi (kisar)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
1/2 biji bawang Holland atau bawang besar (hiris)
Daun bawang,tauge,kucai, cili merah
1 biji telur
Garam,serbuk kunyit,
1 sudu teh baking powder(jika suka)
Air sejuk
Cara membuat:
1. Campur bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.
2. Kemudian tambah tepung dan gaul lagi. Letak sedikit air kalau terlalu pekat.
3. Letak garam, serbuk kunyit dan baking powder (jika mahu).Kacau sebati. Pastikan adunan tak cair nanti sebab nanti cucur akan jadi leper. Mesti pekat macm dalam gambar.
4. Panaskan minyak kemudian ceduk adunan boleh guna jari jemari untuk nak dapat bentuk bulat. Goreng sampai kekuninggan atau garing. Angkat dan hidang waktu masih panas.
Tip
Jika tak guna baking powder pun tak mengapa janji adunan pekat.
Boleh juga letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan. Cara ini cucur rangup di luar dan lembut di dalam.
Apa yang anda boleh buat dari buah labu. Selain dibuat pengat atau bingka, boleh juga buat kimpu kueh. Kuih labu goreng yang lembut.Resepi dikongsikan Musyahadah Oo adalah turun temurun dari moyang.Dimakan ketika panas memang enak. Bolehlah cuba nanti.
KIMPU KUEH (CHINESE)
Bahan-bahan:
Labu kuning-sagat halus
Tepung gandum
Kucai
Bawang merah kecil dan bawang putih-hiris
Garam
Lada sulah
Air sejuk
Ajinomoto/perasa sedikit kalau suka
Cara membuat:
1.Campur semua bahan tadi.
2.Pastikan cukup rasa macam adunan cucur.
3.Goreng hingga kekuningan.
4.Siap dihidang dengan sos cili Thai/kampung koh cili.