Sambutan Hari Raya pasti ada ketupat. Memang nikmat betul dapat makan ketupat palas pulut hitam. Diganding pula daging dendeng cili padi. Memang padu!
Menu begini kadang-kadang memang jarang kita temui pada hari biasa. Namun, pada Hari Raya, memang bersusun rumah yang menyajikan menu sebegini. Masa inilah kita dapat menikmatinya sepuas hati.
Tapi apa salahnya jika kita tahu buat sendiri. Dapatlah melepaskan rasa teringin jika selera berkehendak pada bukan musim perayaan. Nak tahu caranya? Ikuti perkongsian resipi daripada Idayu Wani ini. Mudah sahaja membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut susu – Boleh beli online di sini
100gm beras pulut hitam
300ml Santan – Boleh beli online di sini
Air
Garam secukup rasa – Boleh beli online di sini
Daun palas
CARA MEMASAK:
Rendamkan pulut hitam selama 2 – 3jam. Kemudian, rebus sekejap.
Cuci pulut susu dan sejatkan.
Tanak pulut dengan santan, garam dan daun pandan.
Kemudian, masukkan pulut hitam dan tutup periuk masak sehingga separuh masak.
Sejukkan dan balut dengan daun palas.
Setelah itu, rebus ketupat yang telah siap dibalut tadi dengan santan atau air biasa sehingga daun nampak layu.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Sedap dinikmati bersama daging dendang cili padi.
Kredit: Idayu Wani
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official