Dalam situasi PKP di mana pergerakan semuanya terbatas, anda yang suka ketupat palas tapi tak boleh cari atau beli daun palas. Boleh cuba tukar daun palas kepada daun pisang yang lebih mudah diperolehi, Janji Raya yang dibenarkan sehari ini tetap meriah seisi keluarga. Nak tahu macam mana caranya, ikut resipi dan cara bungkus seperti dikongsikan di bawah ini. Nampak mudah, bolehlah cuba.
KETUPAT PULUT DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 4 cawan beras pulut | rendam 2 jam 6 cawan santan | dari 2 biji kelapa 1 helai daun pandan Garam secukup rasa Daun pisang secukupnya.
Ads
CARA MEMBUAT:
Kukus beras pulut bersama santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam serta masukkan daun pandan.
2. Boleh kukus separuh masak atau sampai masak.
3. Biarkan pulut sejuk sekejap.
4. Balut dengan daun pisang kemas-kemas dan padat.
Ads
5. Panaskan pengukus dan kukus semula selama 15-20 minit.
Ads
6. Setelah sejuk bolehlah potong dan hidangkan dengan rendang atau kari yang telah anda sediakan..
Kredit resipi & photo : Hairul Hamid.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biasa kalau nak makan dim sum akan beli saja. Sedap juga dicicah dengan sos. Bila dah suka boleh saja buat sendiri. Mudah saja pun buat dim sum. Letak isi ayam di dalamnya memang enak sekali.
DIM SUM AYAM
Bahan-bahan:
Isi ayam
Tepung jagung
Lobak merah
Cili besar
Telur
Lada hitam
Garam
Ajinomoto
Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
Garam
2 sudu besar minyak
Garam
Pewarna
Air panas
Cara membuat:
1.Campurkan isi ayam(cincang/tumbuk) biar halus, tepung jagung,lobak merah,cili besar (cincang),telur, lada hitam,garam,ajinomoto secukupnya. Gaul hingga sebati.
Untuk kulitnya, campurkan kesemua bahan untuk kulit dan uli sampai jadi doh, ikut suka kalau nak letak warna atau tidak. Letak meriah pada doh tepung lagi meriah dimsum. Buat keping-keping kecil dan letak isi ayam tadi.
Penggemar ikan bakar boleh cuba resipi mudah ni. Tidak memerlukan bahan yang banyak, ikan bakar yang hanya perlukan perencah masakan ini sudah boleh menjadikan masakan ikan bakar menjadi lebih sedap! Selamat mencuba
IKAN BAKAR TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
ikan basuh bersih (cencaru,pari,siakap @ ikan ape jer korg suka)
bwg putih + kunyit + halia + serai ~ tumbuk lumat (kalau nak pedas + cili padi)
1 pek pes tomyam adabi (kalau ikan byk.. tmbh pes)
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK:
campurkan pes tomyam dgn bahan tumbuk.. lumurkan pada ikan.. belah la sikit blkng ikan tu sumbat skali rempah.
bungkuskan ikan dgn aluminium foil.. jgn lupa buh skali daun limau purut.. koyak2 sikit bg aroma dia menyerlah
bakar dlm kuali ajaib ke anti lekat ke pun boleh.. 20mnt stiap sisi.. api kecil.. siappppp!!!!
*tidak tambah garam/gula @ perasa dlm resepi ni ya (terpulang pada cara masing2)
Anda penggemar pai, ini menu pai yang sedap sangat gabungan buah-buahan dan bijirin oat yang sangat sedap dan sihat, sesuai untuk anda yang ada diabetes atau sedang berdiet. Cara membuatnya pun mudah. Jangan tunggu lagi jom cuba.
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula
Bahan Toping:
150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
Campurkan bersama gula dan digaul rata.
Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi
Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
Dapatkan bijirin dan kekacang organik di Love Earth