Dalam situasi PKP di mana pergerakan semuanya terbatas, anda yang suka ketupat palas tapi tak boleh cari atau beli daun palas. Boleh cuba tukar daun palas kepada daun pisang yang lebih mudah diperolehi, Janji Raya yang dibenarkan sehari ini tetap meriah seisi keluarga. Nak tahu macam mana caranya, ikut resipi dan cara bungkus seperti dikongsikan di bawah ini. Nampak mudah, bolehlah cuba.

Ketupat Pulut Daun Pisang Lebih Senang & Sedap, Comfirm Jadi.

KETUPAT PULUT DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras pulut | rendam 2 jam
6 cawan santan | dari 2 biji kelapa
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya.

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Kukus beras pulut bersama santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam serta masukkan daun pandan.

Ketupat Pulut Daun Pisang Lebih Senang & Sedap, Comfirm Jadi.

2. Boleh kukus separuh masak atau sampai masak.

3. Biarkan pulut sejuk sekejap.

IKLAN
Ketupat Pulut Daun Pisang Lebih Senang & Sedap, Comfirm Jadi.
 

4. Balut dengan daun pisang kemas-kemas dan padat.

5. Panaskan pengukus dan kukus semula selama 15-20 minit.

IKLAN

Ketupat Pulut Daun Pisang Lebih Senang & Sedap, Comfirm Jadi.

6. Setelah sejuk bolehlah potong dan hidangkan dengan rendang atau kari yang telah anda sediakan..

Kredit resipi & photo : Hairul Hamid.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI