Ketupat sotong berasal dari pantai timur. Rasanya lemak manis memang dan selalu menjadi bualan bagi peminat hidangan ini. Bolehlah cuba buat sendiri ketupat sotong. Gabungan lemak santan dan manis gula melaka dimakan dengan pulut yang disumbat dalam sotong, memang mengasyikkan.
KETUPAT SOTONG
.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan beras pulut (rendam sejam tambah garam dan santan sedikit)
400 gram sotong (dapat la dalam 9 ekor sotong kecik)
400 gram santan
Sesudu kecil halba
Daun pandan
Gula melaka
BAHAN HIRIS
Sebiji bawang merah
Sebiji bawang putih
1 inci halia
CARA MEMBUAT
1. Isi pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Isi 3/4 penuh sahaja. (Sotong mudah pecah jika penuh).
2. Tutup balik sotong tu dengan kepalanya dan cucuk sotong macam dalam gambar.
3. Susun sotong tadi di dalam periuk. Campurkan bersama santan, halba dan bahan hiris. Tambah daun pandan.
4. Panaskan dengan api perlahan sampai sotong masak (dalam 35 minit). Kemudian masukkan garam dengan gula melaka.
5. Kacau-kacau sekejap. Siap.
Resipi Oleh Jannah Dolah dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Panggang Serai Air Asam Yang Sedap
Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian ayam panggang? Resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang terbaik dan boleh dicuba. Lengkap dengan resipi Air Asam. Tengok gambar je pun dah emmbuka selera. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG SERAI AIR ASAM
1. AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana – boleh masak seekor atau potong empat
BAHAN PERAP:
- 7 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 3 batang serai – hiris nipis dan tumbuk halus
- 1 sudu makan (penuh) serbuk lada hitam kasar
- 3 sudu makan gula perang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk cajun
- 4 sudu makan minyak jagung
- 1/2 biji jus perahan limau nipis
- Garam secukup rasa
- Aji – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan perapan dan gaul sebati. Lumur pada ayam hingga rata.
2. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
3. Untuk memasaknya, panggang ayam dalam ketuhar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga ayam cukup masak.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama air asam.
2. AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan daun kesum
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
- 1 sudu teh serbuk beras pulut sangai ( thai toasted rice powder)
- 4 sudu makan sos ikan
- 3 sudu makan gula kelapa thai ( thai palm sugar) – boleh ganti dengan gula perang
- 1 sudu makan pes asam ajwa – larutkan dengan sedikit air panas
- 2 sudu makan thai chilli flakes
- 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
- 1 sudu makan minyak masak/zaitun/jagung – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Sesuaikan rasa dengan selera anda.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar.
Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat
Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah dan sedap guna OVEN? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Puding Buah Naga Bersusu Paling Mudah & Nyaman Sedap.
Panas panas ni dapat makan puding dingin dari peti sejuk ni memang nyaman sangat kan. Ni dia puding buah naga @ dragon fruit yang mengancam selera dengan warna unggu yang cantik dan nampak begitu sedap.
Bahan-bahan utamanya adalah agar-agar, susu cair dan buah naga, kos minima tetapi kelazatannya memang maksimalah. Kalau tak suka manis, boleh aje kurangkan sedikit sukatan gulanya.
PUDING BUAH NAGA SUSU
* Guna loyang 7 inci
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji buah naga (isi merah)
- 1 paket agar-agar bertali 20 gram
- 750 mls susu cair
- 750 mls air kosong
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
CARA MEMASAK :
1. Tuangkan air ke dalam periuk, dan masukkan agar-agar tali. Kacau sampai larut dengan api sederhana.
2. Masukkan susu cair, dan kemudian letak gula. Letakkan sedikit sedikit, kalau rasa dah manis okay aje, tak payah nak habiskan secawan tu. Ikut selera dan tahap kemanisan yang disukai.
3. Akhir sekali masukkan potongan buah naga. Tak payah lama, supaya buah naga tak hancur. Potongan naga tu cantik bila dah mengeras puding nanti.
.
4. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin
Berbaloi untuk dicuba nih, hidang lepas makan tengahari nanti tau.
Kredit : cuti_makan
via FB : Senangnya Masak
ANDA GEMAR MEMBELI BELAH CARA ONLINE. JOM LAYARI DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI ;
4 Idea Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Dalam Masa 20 Minit.
Memasak bukanlah satu tugas yang sukar namun kadang-kala kekangan masa menjadikan sesetengah dari kita lebih selesa membeli lauk siap masak di kedai. Nak ubah selera dengan jamu keluarga dengan masakan air tangan sendiri? Resipi-resipi yang RASA kongsikan ini boleh anda cuba!
1. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
- 150gm biji gajus
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
- 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
- Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
- Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih sedap boleh taburkan bijian yang telah digoreng sangai.
2. SAMBAL UDANG DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang kertas | buang kepala, cuci dan tos
- 3 sudu makan pes cili kering
- 4-5 helai daun limau purut | siat-siatkan
- 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun limau purut hingga wangi.
- Tambahkan dengan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan udang, kacau rata hingga udang bertukar warna dan air udang kering.
- Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.
3. SOTONG RAMPAI SAYUR GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 250gm sotong hiris bulat
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan kentang | potong dadu
- Sedikit hirisan cili Benggala hijau
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- 1/2 biji bawang besar hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng kentang hingga masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Ttumis hirisan bawang besar, bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sotong, dan serbuk kunyit, kacau rata.
- Seterusnya masukkan bunga kubis dan hirisan cili Benggala.
- Kacau rata dan perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Campuran sayur dalam sotong boleh dipelbagaikan ikut cita rasa.
4. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai kacang panjang | potong 4cm
- 150gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 biji cili padi | hiris
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
- Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
- Perasakan dengan sos tiram.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kacang panjang boleh ditukar dengan kacang buncis atau kacang bendi.