Ketupat Sotong Gebu Versi Kelantan, Tak Boleh Sumbat Ketat Sangat Tau.

Share

Resipi ketupat sotong atau sotong sumbat dengan inti pulut ni memang banyak versinya. Sotong segar dengan pulut susu lemak manis, ish..ish sebut ramuannya pun dah kecur air liur.

Ni min kongsikan resepi perkongsian Sahira, resipi asal dari Citarasawan, ketupat sotong versi Kelantan.Ingat ya jangan sumbat ketat atau penuh sangat nanti pecah pulak sotong masa dah masak nanti. Bagikan ruang sedikit untuk pulut mengembang.

KETUPAT SOTONG GEBU VERSI KELANTAN


.

BAHAN-BAHAN (Saiz hidangan untuk 10 orang)


.

  • 4kg sotong
  • 1 kg pulut susu
  • 8 kerek kecil gula melaka
  • 3 helai daun pandan
  • Lidi pencungkil gigi, secukupnya
  • 1kg santan cair
  • 1kg santan pekat
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :
1) Siang sotong dan buang kulit dan mata. Lihat gambar contoh. Basuh dengan air garam dan toskan.

2) Basuh pulut susu dan toskan.
3) Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk. Seperti dalam gambar.
4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya.


5) Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.

6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.
7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.
8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.
9) Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.
10) Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.
11) Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.
12) Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.

#SHARE bagi yang tak pernah merasa ketupat sotong gebu versi kelantan.

Resipi : citarasawan
Sahira
FB :Dapur resepi pikat Selera

Published by
Faridah Talib