Khasiat Brokoli Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Boleh Amal Makan.

Share

Bentuknya seakan-akan bunga kubis namun ia berwarna hijau. Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam kumpulan sayuran kubis atau Brassicaceae. Di Malaysia, brokoli mudah diperolehi dan enak dinikmati dengan pelbagai gaya masakan.

Sebagai bahan makanan, brokoli biasanya direbus atau dikukus, atau boleh juga dimakan mentah. Walau bagaimana pun, cara terbaik dalam memasak brokoli adalah dengan cara dikukus.

foto: www.drweil.com

Tujuannya adalah agar segala vitamin dan nutrisi penting yang ada di dalam brokoli tidak hilang sepanjang proses pemasakan.

Merebus brokoli akan membuat sekitar 50 % asid folik yang terkandung di dalamnya jadi hilang. Oleh kerana itu, jika ingin memasak brokoli dengan cara direbus, sebaiknya jangan merebus brokoli terlalu lama, cukup sekitar 5 minit saja. Jangan lebih.

 

KANDUNGAN GIZI BROKOLI

Brokoli telah lama diketahui sebagai salah satu sayuran yang menyihatkan kerana kandungan gizi di dalamnya. Brokoli merupakan:

  1. Sayuran yang mempunyai kalori yang rendah.
  2. Rrendah lemak dan bebas kandungan lemak tepu.
  3. Tinggi kalium dan rendah sodium sertatidak mengandungi kolesterol.
  4. Brokoli mengandung energi, karbohidrat, vitamin, dan mineral yang sangat berguna untuk

 

KEBAIKAN BROKOLI

Brokoli dikatakan mengandungi kandungan nutrisi yang paling bagus dalam memerangi kanser. Sebab itulah ia diangkat sebagai ‘super food’. The American Cancer Society mencadangkan pengambilan brokoli kerana:

  1. Ia mengandungi fitokimia sebagai anti kanser. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan brokoli dapat mengurangi risiko beberapa jenis kanserseperti kanser payudara, kanser usus dan juga kanser paru-paru.
  2. Brokoli mengandung antioksidan dan vitamin C yang tinggi.
  3. Brokoli juga mengandungi serat yang membantu pencernaan dan mencegah sembelit.

 

Kali ini kami kongsi satu lagi resipi masakan brokoli untuk anda cuba.

 

SUP BROKOLI BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm kentang sederhana besar } Kupas kulit dan potong dadu
  • 100gm brokoli } potong kecil-kecil & cuci bersih
  • 60gm bawang Holland } potong dadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 liter air
  • 600ml susu cair
  • 1 kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk dengan dua sudu besar mentega. Tumiskan bawang holland hingga layu dan terbit wangi.
  2. Setelah itu masukkan air serta kentang dan brokoli. Biarkan mendidih. Masukkan juga tepung gandum untuk memekatkan rebusan. Bila kentang dan brokoli cukup empuk, padamkan api dan biar ia sejuk.
  3. Apabila rebusan suam, tuang ia ke dalam pengisar hingga bertukar menjadi krim dan tuang semula ke dalam periuk.
  4. Dalam periuk yang sama, masukkan susu cair, air, kiub ayam, garam secukup rasa dan reneh lagi. Masukkan serbuk oregano dan kacau kata.
  5. Setelah pekat seperti yang dikehendaki, angkat dan bolehlah dihidangkan. Boleh hias dengan sedikit brokoli yang dicelur jika mahu.

Info chef:  Enak dimakan bersama roti bawang putih.

Published by
Nur