Ada sesetengah orang masih tak tahu apa tu daun salam selalu sebut ‘Bay Leaf’ rupanya daun yang sama jer sebenarnya. Daun ni banyak tumbuh di pekarangan rumah kampung mahu pun dikebun. Kegunaannya sudah dikenali dari zaman dulu lagi sebagai ramuan masakan khas serata asia. Selain dijadikan penyedap dalam masakan kerana aromanya, manfaat daun salam bagi kesihatan juga sudah banyak dibuktikan melalui penyelidikan.
Daun salam juga berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kolesterol, mengubati diare, mengatasi maag, diabetes, dan membantu menurunkan berat badan. Jadi, sudah terbukti dan teruji khasiat daun salam tidak terbatas penggunaannya bukan hanya dalam masakan saja.
Ads
Daun Salam Penyedap Masakan
Aroma daun salam sangat khas. Penambahan daun salam dalam masakan dapat memberikan rasa meruntun kalbu. Daun salam masih boleh digunakan meskipun telah layu atau bahkan kering. Aromanya tetap sedap.
GULAI NANGKA DAUN SALAM
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg nangka muda, didadu sederhana besar
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
4 helai daun salam yang telah dikeringkan
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
5 biji cili merah*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 inci belacan*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan biar daging kecut. Masukkan nangka muda tadi, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih.
Masukkan daun salam dan terus memasak hingga nangka 3/4 lembut. Masukkan asam gelugor, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin (sesapa nak guna serbuk perasa pun ok).
Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sekali sekala hingga nangka empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin…..hmmmmm…
Ok atas permintaan, mat pun memasak lah satu resipi yang rasanya dah letak juga dulu kat sini, cuma versi yang ini mat letak”daun salam”, ianya begitu sinonim dengan orang2 Indonesia, sebab mereka menggunakannya begitu meluas dalam masakan, terutama masakan “Guddeg”. Dulu ada orang kata daun salam = bay leaf, tapi tak sama langsung, mungkin dari segi rasa tu ada sikit2 kesamaan, boleh juga lah dikatakan ianya bay leaf versi asia. Untuk kali ni mat campur kan daging sebagai perencah….psttt…daun kering dalam gulai tu, daun salam yeaa..bukan daun kering yang jatuh dibawa angin…hehehe..
Kongsi resipi: tiffinbiru / Dapur tanpa sempadan
Ads
Penggunaan daun salam ini juga sesuai untuk pelbagai jenis masakan masak lemak seperti di link ini… Jom cuba!
Lauk ayam yang sangat popular dan senang untuk di masak. Selalunya lauk ini akan di makan bersama dengan nasi tomato dan sayur jelantah. Tetapi ia sudah cukup menyelerakan bila makan bersama nasi putih sahaja.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nak buat hidangan barat yang sedap dan mudah? Korang boleh cuba dua hidangan ni. Memang senang sesangat nak buat. Yang penting resipi ni istimewa lagi-lagi kalau dihidangkan waktu cuti-cuti panjang macam ni. Boleh makan ramai-ramai sebab ahli keluarga semua berkumpul kan?
BOLOGNESE TARTLET
Bahan-bahan
10 keping kulit pai
10 keping keju cheddar
1 mangkuk serbuk kentang putar
1 mangkuk sos bolognese
1 tangkai daun parsli
Cara Membuat
1) Sediakan kulit pai.
2) Letak kepingan keju cheddar yang telah dipotong kecil.
3) Letakkan sesudu sos bolognese yang telah dipanaskan.
4) Bancuh serbuk kentang putar bersama air panas hingga tahap kekentalan yang diingini.
5) Masukkan bancuhan kentang putar ke dalam beg paiping yang sudah berisi nozzle
bintang.
6) Paipkan kentang putar ke atas kulit pai yang telah berisi sos bolognese.
7) Bakar sebentar di dalam oven pada suhu 180C selama 5 minit.
8) Hiaskan dengan daun parsli.
BEEF BOLOGNESE PIZZA
Bahan-Bahan
1 keping doh piza
5 sudu besar sos bolognese
10 biji bebola daging
½ biji nanas (dihiris)
½ biji lada benggala
10 biji tomato ceri
Keju cheddar secukupnya
Cara Membuat
1) Siapkan doh piza. Boleh guna doh piza siap guna di kedai bakeri atau gunakan roti sebagai asas doh.
2) Sapukan sos bolognese daging ke atas doh.
3) Susun secara sekata bebola daging yang telah dihiris separuh.
4) Susun juga hirisan nanas, lada benggala dan tomato ceri.
5) Taburkan keju cheddar yang telah disagat menutupi keseluruhan permukaan piza yang telah dihias dengan sayur-sayuran tadi.
6) Bakar di dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C atau sehingga doh kelihatan keperang-perangan.
Masakan bergoreng kalau dipadankan dengan sambal pedas giler ni memang menambah nasi. Sambalnya lebih kurang seperti sambal penyet cuma tidak ada tomato sebaliknya menggunakan air perahan lemon. Sangat power untuk kamu yang sukakan pedas!
RESIPI SAMBAL PEDAS GILER
BAHAN-BAHAN:
2 biji sederhana bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2 ye)
1 cawan cili besar
Segenggam ikan bilis
2 inci belacan
Perahan lemon @limau agak2 secukup rase (optional if asam jawa dah masam no need)
Saya letak asam jawa sikit kurang masam asam jawanya. Gantikan lemon sikit secukup rasa.
Garam dan Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong bawang besar dan bawang putih dan cili
Tumiskan semua bahan diatas sehingga naik bau dan layu. Kecuali garam, gula dan Asam jawa dn perahan lemon.
Kisar semua bahan (jangan sampai hancur, nak tumbuk pun boleh) saya buat banyak jadi kisar jer.
Tumiskan bahan kisar bersama minyak sekali lagi,
Masukkan asam jawa, biarkan sebentar bila dah naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa perah sedikit lemon, biarkan sebentar.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.