Halia merupakan herba tradisi yang sangat penting dan banyak digunakan dalam masakan rakyat Malaysia. Rasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan.  Kebanyakan hidangan yang mengandungi halia mempunyai rasa yang lebih enak malah ia juga membantu membuang bau hanyir untuk masakan ayam, ikan dan daging. Sebab tu lah mak-mak kita dulu memang banyak guna halia ni bila nak masak.

Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Di musim perayaan ni, bila perut terasa sebu dan sengkak, air rebusan halia adalah antara minuman yang boleh melegakan. Memang bagus dan berkesan!  Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Nak tahu? Jom semak!

Khasiat Halia & Sakit Yang Boleh Dicegah Dengan Amalkan Herba Ini.

 

 

KHASIAT HALIA

 

1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL

Ads

Khasiat Halia & Sakit Yang Boleh Dicegah Dengan Amalkan Herba Ini.

  • Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Malah pengambilan yang berterusan dikatakan dapat membantu menurunkan kandungan  gula serta menstabilkan tekanan darah.

 

2. BANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS

  • Halia membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia kerana ia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

 

3. BANTU KURANGKAN RASA SAKIT & KERADANGAN 

Khasiat Halia & Sakit Yang Boleh Dicegah Dengan Amalkan Herba Ini.

  • Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.

 

4. MENGUBATI BATUK BERKAHAK 

  • Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

 

5. CEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA

Khasiat Halia & Sakit Yang Boleh Dicegah Dengan Amalkan Herba Ini.

  • Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

 

6. MENGURANGKAN SAKIT PERUT

Ads

Khasiat Halia & Sakit Yang Boleh Dicegah Dengan Amalkan Herba Ini.

  • Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.

 

7. MENCEGAH BARAH USUS

  • Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.

 

8. MENGUATKAN DAYA TAHAN BADAN

  • Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

 

 

Ads

MENU BOLEH MASAK MENGGUNAKAN HALIA

 

DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG

Khasiat Halia & Sakit Yang Boleh Dicegah Dengan Amalkan Herba Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging lembu | cincang
  • 5 tangkai kacang panjang | potong
  • 1/2 biji bawang Bombay | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih  | cincang kasar
  • 2.5cm halia | cincang
  • 1 sudu teh cili giling
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang sudah dicincang kemudian disusuli dengan cili giling. Tumis lagi hingga naik minyak dan masukkan bawang Bombay, goreng hingga layu.
  2. Masukkan  pula daging cincang Gaul rata hingga terbit bau harum dan daging masak.
  3. Masukkan kacang panjang tetapi jangan masak terlalu lama. Masukkan sos tiram, air dan garam jika perlu (sos tiram sudah ada rasa masin). Gaul rata lalu biarkan selama 2 minit. Setelah itu, tutup api dan siap utk dihidangkan bersama nasi panas.

Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI