Khasiat Halia Selain Buang Angin Dalam Badan.

Share

Rasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan.  Kebanyakan masakan yang mengandungi halia sebagai salah satu bahan perlu ada akan membuatkan masakan lebih enak.

Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Malah bukan itu sahaja. Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Jom semak!

 

1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL

  • Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

 

2. PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS

  • Halia membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia kerana ia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

 

3. MENGURANGKAN KESAKITAN DAN KERADANGAN 

  • Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.

 

4. MELAWAN MASALAH PERNAFASAN YANG BIASA 

  • Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

 

5. PENCEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA

  • Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

 

6. MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

  • Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.

 

7. MENCEGAH BARAH USUS

  • Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.

 

8. MENGUATKAN IMUNITI

  • Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

 

 

RESIPI MENGGUNAKAN HALIA:

 

DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging lembu | cincang
  • 5 tangkai kacang panjang | potong
  • 1/2 biji bawang Bombay | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih  | cincang kasar
  • 2.5cm halia | cincang
  • 1 sudu teh cili giling
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang sudah dicincang kemudian disusuli dengan cili giling. Tumis lagi hingga naik minyak dan masukkan bawang Bombay, goreng hingga layu.
  2. Masukkan  pula daging cincang Gaul rata hingga terbit bau harum dan daging masak.
  3. Masukkan kacang panjang tetapi jangan masak terlalu lama. Masukkan sos tiram, air dan garam jika perlu (sos tiram sudah ada rasa masin). Gaul rata lalu biarkan selama 2 minit. Setelah itu, tutup api dan siap utk dihidangkan bersama nasi panas.

Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.

Published by
Nur