Beras perang adalah terhasil dari padi yang telah dibuang kulit padi setelah menjalani proses pengilangan yang minimal. Ianya berwarna perang kerana bran tidak dibuang dari beras. Beras perang tinggi nutrisi namun ianya mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak. Manakala beras putih (beras yang biasa kita masak setiap hari) adalah hasil dari beras perang yang telah menjalani proses pengilangan yang maksima. Semua atau sebahagian bran dibuang, begitu juga dengan unsur-unsur lain dari padi sehingga ianya menjadi putih.
Mengikut pakar pemakanan, beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih. Bagi pesakit diabetes, kurangkan pengambilan nasi putih adalah solusi terbaik. Ia juga adalah pilihan yang lebih baik buat pesakit diabetes. Namun seperti juga beras putih, kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran dan kawal diet. Tetapi apa yang bagus sangat jenis ni? Jom semak info.
1. BANTU TINGKATKAN IMUNITI & KETAHANAN BADAN
Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.
2. MENINGKATKAN KESUBURAN & JAGA SARAF
Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita. Disebabkan kandungan mangan yang tinggi, ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.
3. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.
4. ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG & KOLESTEROL
Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.
5. KAYA ANTI-OKSIDAN
Inilah satu lagi rahsia khasiat beras perang. Selama ini kita cuma kaitkan anti oksidan ini dengan buah-buah beri atau sayur-sayuran. Memang hebat kapasiti anti oksidannya sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. HINDAR SAKIT KANSER USUS
Beras perang juga kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.
7. MEMPERLAHANKAN PERLEPASAN GULA
Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.
8. SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI
Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi.