Khasiat & Kebaikan Minum Air Soya Segar & Cara Membuatnya.

Share

Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, 11 kali ganda daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

 

foto: http: janellapurcell.com

Walaupun kecil, tapi banyak makanan yang boleh dihasilkan menggunakan kacang ini. Antara yang popular ialah tauhu, tempe, fucuk dan juga air kacang soya

.

 

MANFAAT AIR SOYA

Air kacang soya terkenal sebagai minuman yang sangat menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Kalau ke pasar malam, memang banyak orang jual air ni. Nikmati sejuk atau panas, dua-duanya sangat enak. Tapi, ia bukan sahaja sedap tapi banyak manfaat untuk tubuh badan. 

Kandungan air kacang soya terletak pada komponen dalam soya yang meliputi karbohidrat, serat (fiber), vitamin E dan K, asid lemak essensial. Lisin adalah jenis asid amino yang banyak terkandung dalam air soya.

foto: www.extracrispy.com

Air kacang soya juga merupakan sumber protein yang sangat lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Soya mengandungi sembilan asid amino esensial. Tubuh akan mengubah asid amino menjadi protein baru, termasuk antibodi penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh dan enzim yang membantu sel-sel menghasilkan energi. Setiap secawan air soya tanpa gula, mengandung 7 gram protein.

Air kacang soya juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh manusia. Berikut beberapa kandungan vitamin dan mineral daripada air kacang soya ini :

  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Riboflavin
  • Vitamin B12

 

KEBAIKAN AIR SOYA

 

1. JAGA KESIHATAN JANTUNG

Penyakit jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling sering dialami oleh lelaki. MayoClinic.com (portal kesihatan dunia) menyarankan untuk melakukan diet rendah lemak tepu dan sodium serta tinggi protein untuk mencegah masalah kardiovaskular. 1 cawan air kacang soya mengandung 3.6 gram lemak, 6.3 gram protein, 104 kalori dan hanya 0,5 gram lemak tepu. Selain rendah kalori, lemak dan tinggi protein, nisbah lemak tepu  dan tak tepu kacang soya dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.

2. MENGURANGI KOLESTEROL DALAM DARAH

Antioksidan dalam isoflavon pada kacang-kacangan seperti soya, mampu menaikkan kadar HDL yang baik untuk kesihatan jantung. Manakala lesitin dipercayai dapat membantu menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) dalam darah yang dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh.

3. MENGURANGI RISIKO DIABETES

Protein di dalam air kacang soya lebih mudah diolah oleh buah pinggang pesakit diabetes, dibandingkan dengan protein haiwan seperti susu lembu.

4. MENCEGAH OSTEOPOROSIS

Osteoporosis merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh bertambahnya usia dan kekurangan hormon. Fitoestrogen dalam kacang soya dapat membantu mempercepat penyerapan kalsium oleh tubuh dan mencegah hilangnya massa tulang yang dapat menyebabkan osteoporosis. Untuk manfaat maksimum, pastikan untuk membeli air kacang soya yang diperkaya dengan kalsium tambahan dan vitamin D.

5. BAGUS UNTUK ORANG DIET

Air kacang soya juga dapat memenuhi keperluan zat bagi yang berdiet. AirAir kacang soya rendah lemak, namun tinggi protein. Walau bagaimana pun, apa juga yang kita ambil perlu bersederhana. Dikatakan air kacang soya tidak bagus diambil oleh mereka menghidap kanser payudara.

P/S: Info ini adalah perkongsian umum sahaja. Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut, boleh berjumpa dengan pakar pemakanan dan pengamal perubatan yang bertauliah. 

 

RESIPI AIR SOYA HOMEMADE ( Resipi oleh : JJ Pau Mawar)

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm kacang soya
  • 1 jug air masak
  • 2-3 helai daun pandan
  • Gula pasir secukupnya – ikut kemanisan yang anda suka

 

CARA MEMASAK:

1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang kembang. Buang kulit yang tertanggal.

2. Masukkan 1/4 kacang soya ke dalam pengisar Bersama 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur.

3. Tapis kisaran kacang tadi ke dalam periuk menggunakan kain kasa atau penapis halus. Perah kacang hingga jadi hampas. Ulang proses yang sama untuk baki kacang yang ada.

4. Setelah habis proses memerah, masak air soya dengan api kecil bersama daun pandan.

5. Tambahkan gula secukup rasa. Kacau hingga larut. Jika suka, boleh masak air gula secara berasingan dan tambah sewaktu hendak diminum.

6. Masak air soya hingga mendidih dan elakkan dari membuak keluar.

7. Padamkan api, biarkan suam dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar

Published by
Nur