Khasiat & Kebaikan Peria Katak Dan 5 Resipi Sedap Boleh Masak Guna Sayur Ini.

Share

Bila sebut sahaja peria, pasti terbayang di mata anda sayur pahit yang biasa dinikmati oleh orang-orang yang ada masalah darah tinggi. Ia mudah didapati dan harganya tidak mahal. Walaupun begitu, nilai khasiat serta manfaatnya terhadap kesihatan sangatlah banyak.

 

 

KHASIAT PERIA KATAK

1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.

foto: http://www.thehealthsite.com

5. Membaiki masalah mata – Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.

6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.

7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan

terhadap melawan jangkitan penyakit.

8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.

9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.

 10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.

 

PERHATIAN: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Sumber: khasiatpokokherba.com

 

RESIPI MENGGUNAKAN PERIA

 

1. SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm peria | hiris nipis
  • 250gm ikan bilis | belah dua
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK

  1. Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah bahan tumisan garing tutup api.
  8. Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
  9. Sambal goreng pertia sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk menghilangkan pahit peria, gaulkan peria dengan  campuran garam dan cuka makan. Gaul rata dan biarkan lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan tos.

 

 2. SAMBAL SOTONG & PERIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
  • 2 biji peria katak  | buang biji & hiris nipis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
  2. Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
  3. Panaskan minyak, goreng peria  separuh masak, angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
  6. Kacau sebati masukkan pula peria.
  7. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
  9. Sedia dihidangkan.

 

 3. PERIA TELUR GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji peria | buang biji dan hiris kecil
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulasa bawang putih
  • 4  biji cili merah
  • Beberapa tangkai cili padi | jika ingin lebih pedas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Seterusnya masukkan peria, kacau rata hingga layu.
  3. Masukkan air jika perlu.
  4. Kecilkan api, tolak peria ke tepi kuali.
  5. Pecahkan telur di dalamnya kemudian gaulkan bersama tumisan peria tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila peria telah lembut, tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

 

 4. PERIA MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji peria – hiris nipis
  • 6 biji cili api – tumbuk halus
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit ikan bilis
  • Santan secukupnya
  • Air masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk, masukkan air, separuh santan, serai, cili api yang ditumbuk halus dan sedikit serbuk kunyit. Kacau perlahan.
  2. Setelah mendidih, masukkan peria dan ikan bilis.
  3. Kemudian masukkan lebihan santan tadi dan kacau perlahan.
  4. Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

 

5. PERIA GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji peria – potong nipis
  • 5 biji cili api
  • 1 biji telur – pecahkan
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil tepung beras
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili api hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar, telur dan tepung beras ke dalam kuali. Masak sehingga bahan rangup.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan peria dan gaul sebati.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan panas.

 

Published by
Nur