Untitled-design-23

Banyak rupanya khasiat teh hijau ni. Jika anda masih lagi minum teh tarik yang manis, amalan ini patut diubah atau dikurangkan jumlah pengambilannya. Sebagai alternatif, cubalah beralih kepada minuman teh hijau pula.

Minuman ini adalah minuman tradisi penduduk Jepun. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam teh hijau dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk badan. Patutlah rakyat Jepun suka sangat minuman ni dan tergolong dalam negara yang penduduk paling panjang umur. Anda pun nak sihat? Jom lihat kebaikan-kebaikannya!

 

KHASIAT & MANFAAT TEH HIJAU

 

1. TINGGI ANTIOKSIDAN

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : www.healthywomen.org

Teh hijau mengandungi polyphenos seperti flavonoids dan catechin yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh, melindungi kerosakan sel dan molekul. Seperti yang diketahui radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum masa.

Satu sebatian yang paling ‘kuat’ adalah anti oksidant Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang menjadi sebab mengapa teh ini mempunyai kesan ubatan. Teh hijau juga mengandung sedikit unsur mineral semulajadi yang bagus untuk kesihatan.

 

Ads

2. RANGSANG FUNGSI OTAK

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : www.brian3weekdiet.com

Minum teh hijau boleh buat anda bijak ? Kalau nak tahu ia bukan sahaja membuat anda bermaya tetapi juga menjadi bijak. Ia mengandungi kafein, tetapi tidak sebanyak kopi. Kafein memang diakui adalah bahan perangsang minda. Meminumnya akan memberikan mood dan semangat kepada anda. Bukan sekadar kafein, teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine. Gabungan L-theanine dengan kafein berupaya meningkatkan fungsi otak.

 

3. GALAK PEMBAKARAN LEMAK

Jika anda perhatikan bahan kandungan suplimen menguruskan badan, sering ada bahan teh hijau di dalamnya. Ini adalah kerana teh hijau diyakini boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan paras metabolisma tubuh. Pun begitu kesannya adalah berbeza mengikut individu.

 

4. KURANGKAN RISIKO KANSER

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : www.medicalnews.com

Amalan meminum teh hijau juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser. Ini kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Antara kanser yang dikenal pasti boleh dikurangkan risikonya adalah kanser payu dara, prostat dan kolorektal (usus).

Mencampurkan susu ke dalam teh boleh mengurangkan kesan antioksidan pada teh. Sebaiknya, minum tanpa menambah bahan-bahan perasa lain untuk mendapat manfaat yang maksimum.

 

5. KURANGKAN RISIKO NYANYUK & PARKINSON

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : www.russia-now.com

Teh hijau bukan sahaja memperbaiki dan meningkatkan fungsi otak dalam jangka masa pendek , tapi juga melindungi otak di masa tua. Penyakit alzheimer adalah penyakit ‘neurodegenerative’ (kesusutan neuro) yang boleh mengakibatkan ‘dementia’ nyanyuk.

Parkinson pula adalah penyakit jenis yang sama yang boleh menyebabkan kemusnahan ‘dopamine’ yang menghasilkan neuron di dalam otak. Kedua gangguan ‘neurodegenerative’ ini boleh dikurangkan risikonya dengan sebatian bio aktif yang ada dalam teh hijau.

 

Ads

6. BUNUH BAKTERIA DAN KUATKAN GIGI

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : youtube.com

Kandungan cathechin di dalam teh hijau dikatakan boleh membunuh bakteria dan mengelakkan virus seperti influenza. Malah ia juga menghalang pertumbuhan bakteria yang dikaitkan dengan kaviti dan kerosakan gigi serta mengelakkan masalah mulut berbau.

 

7. MENGURANGKAN RISIKO DIABETES TAHAP II

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto :www.wellnesspathcare.com

Kajian mendapati teh hijau boleh memperbaiki sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula di dalam darah. Kajian di Jepun mendapati peminum teh hijau yang kerap dapat mengurangkan 42% risiko menghadapi diabetes tahap II.

 

Ads

8. RENDAHKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : www.easyhealthoptions.com

Teh hijau berupaya meningkatkan keupayaan antioksidan di dalam darah yang melindungi partikel LDL kolestrol daripada oksidaksi dan juga mengurangkan tahap LDL kolestrol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

 

9. MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN RISIKO OBESITI

Khasiat & Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan foto : www.digitaltrends.com

Jika anda nak menurunkan berat badan, amalkan minum teh hijau. Selain meningkatkan metabolisma, teh hijau juga mampu mengurangkan lemak terutamanya di bahagian abdomen. Wow! Untuk hasil yang lebih menakjubkan, jangan lupa bersenam dan kawal pemakanan. 

 

SUMBER RUJUKAN: www.healthline.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI