Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda mengenai khasiat minyak bijan.
.
Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dim sum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:
KEBAIKAN & KHASIAT MINYAK BIJAN
- Pencegahan Diabetes
Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis. - Mengurangkan Tekanan Darah
Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah. - Kesihatan Jantung
Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung. - Anti Kanser
Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.
RESIPI MENGGUNAKAN BIJAN & MINYAK BIJAN
1. KUIH BOM BIJAN
.
BAHAN DOH:
- 500gm tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 3 biji ubi kentang (sederhana besar) – rebus & lenyek
- 1/2 cawan gula pasir halus
- Air suam secukupnya
- Bijan secukupnya
INTI: Pes kacang merah – boleh dibeli di kedai menjualan bahan bakeri
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat doh, campurkan semua bahan kering dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat di tangan.
2. Timbang doh seberat 30gm dan bulatkan inti seberat 10gm. Leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan. Buat hingga habis.
3. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan dan susun dalam loyang yang disapu minyak. Rehatkan selama 15 minit.
4. Panaskan minyak dengan api perlahan dan masukkan kuih. Biar hingga kuih terapung barulah dikacau.
5. Besarkan sedikit api dan kacau sekali sekala supaya kuih dapat masak dengan sekata.
6. Setelah kuih garing dan kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Surainah Hussin
2. KOREAN BEEF BULGOGI
BAHAN-BAHAN
- 500gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan cuka epal
BAHAN HIASAN
- Daun Bawang
CARA MEMASAK:
- Hiris daging nipis-nipis dan cuci bersih.
- Gaulkan semua bahan,perapan dengan daging dan perap selama satu jam.
- Panggang daging di atas api atau di dalam kuali sehingga masak.
- Hidang bersama taburan bijan dan dan daun bawang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI