
Bila sebut sahaja peria katak, pasti terbayang sayur pahit yang sering dinikmati oleh mereka yang mempunyai masalah darah tinggi. Ia mudah didapati, murah, dan penuh dengan khasiat yang luar biasa untuk kesihatan tubuh badan. Walaupun rasanya pahit, nilai nutrisi serta manfaatnya menjadikan peria katak antara sayur terbaik dalam perubatan tradisional dan masakan harian.

Khasiat Peria Katak Untuk Kesihatan
1. Merawat darah tidak sihat – Jus peria katak yang dicampur sedikit jus limau membantu menyingkirkan toksin dalam darah.
2. Merawat penyakit taun – Campuran jus daun peria katak, jus bawang merah dan jus limau dipercayai dapat membantu pada peringkat awal penyakit taun.
3. Mengawal penyakit kencing manis – Kandungan sebatian hypoglycemic atau insulin tumbuhan dalam peria katak membantu menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing secara semula jadi.
4. Penambah tenaga semula jadi – Jus peria katak boleh menambah tenaga dan stamina bagi yang sering berasa lesu. Ia juga membantu masalah tidur yang tidak lena.
5. Memperbaiki masalah mata – Kandungan beta-karotene tinggi dalam peria katak membantu menjaga kesihatan mata serta meningkatkan penglihatan.
6. Membersihkan hati (hepa) – Pengambilan peria katak membantu membersihkan serta memulihkan fungsi hati yang terjejas akibat alkohol berlebihan, dan juga membantu merawat jaundice.
7. Meningkatkan sistem imun badan – Peria katak mengandungi antioksidan yang menguatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan jangkitan penyakit.
8. Merawat buasir – Jus daun peria katak yang dicampur buttermilk dan diminum ketika perut kosong dikatakan membantu merawat buasir.
9. Mengurangkan psoriasis dan penyakit kulit – Amalan meminum jus peria katak membantu merawat psoriasis, kurap, dan fungus pada kaki kerana ia mempunyai sifat anti-fungus semula jadi.
10. Merawat gangguan pernafasan – Campuran jus peria katak dan madu yang diminum setiap hari dapat membantu masalah asthma dan penyakit paru-paru.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan meminum jus peria katak terlalu kerap kerana ia boleh merangsang pengecutan uterus yang menyebabkan kelahiran pra-matang.
Resipi Menggunakan Peria Katak
1. Sambal Goreng Peria Ikan Bilis

BAHAN-BAHAN:
- 250gm peria | hiris nipis
- 250gm ikan bilis | belah dua
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK
- Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Setelah bahan tumisan garing tutup api.
- Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
- Sambal goreng pertia sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan pahit peria, gaulkan peria dengan campuran garam dan cuka makan. Gaul rata dan biarkan lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan tos.
2. Sambal Sotong & Peria Katak

BAHAN-BAHAN:
- 1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
- 2 biji peria katak | buang biji & hiris nipis
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
- Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
- Panaskan minyak, goreng peria separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
- Kacau sebati masukkan pula peria.
- Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
3. Peria Telur Goreng Berlada

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji peria | buang biji dan hiris kecil
- 2 biji telur
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulasa bawang putih
- 4 biji cili merah
- Beberapa tangkai cili padi | jika ingin lebih pedas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Seterusnya masukkan peria, kacau rata hingga layu.
- Masukkan air jika perlu.
- Kecilkan api, tolak peria ke tepi kuali.
- Pecahkan telur di dalamnya kemudian gaulkan bersama tumisan peria tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila peria telah lembut, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
4. Peria Masak Lemak Cili Api

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji peria – hiris nipis
- 6 biji cili api – tumbuk halus
- 1 batang serai – ketuk
- 1 helai daun kunyit
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit ikan bilis
- Santan secukupnya
- Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk, masukkan air, separuh santan, serai, cili api yang ditumbuk halus dan sedikit serbuk kunyit. Kacau perlahan.
- Setelah mendidih, masukkan peria dan ikan bilis.
- Kemudian masukkan lebihan santan tadi dan kacau perlahan.
- Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
5. Peria Goreng Rangup

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji peria – potong nipis
- 5 biji cili api
- 1 biji telur – pecahkan
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili kering
- 1/2 sudu kecil tepung beras
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili api hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar, telur dan tepung beras ke dalam kuali. Masak sehingga bahan rangup.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan peria dan gaul sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!



2.Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6.Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8.Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.





