Susu Kambing adalah minuman semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Sekarang ramai diantara kita lebih memilih untuk minum susu lembu kerana tidak tahan dengan bau hamis susu kambing. Bukan susu lembu tidak bagus tetapi kelebihan susu kambing adalah mempunyai nutrisi dua kali ganda lebih baik dari susu lembu.

 

Susu Kambing ternyata sesuai diminum oleh semua peringkat umur kerana meningkatkan daya ketahanan diri yang lebih kuat terhadap penyakit berjangkit seperti demam dan batuk.

Khasiat Susu Kambing. Nutrisi Dua Kali Ganda Lebih Baik Dari Susu Lembu!

KEBAIKKAN SUSU KAMBING

  • Bagus dalam membantu dan menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh kita.
  • Sangat baik untuk meningkatkan daya kepekaan, daya tumpuan dan ingatan.
  • Ia juga mampu mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah kita.
  • Susu kambing sangat mudah dicerna serta tidak akan menyebabkan alahan.
  • Bagus untuk melancarkan sistem penghadaman dan sesuai untuk mereka yang ada masalah usus.
  • Mampu merawat penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma, migrain, penyakit kulit, insomia, sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
  • Ia juga baik untuk menguatkan jisim tubuh yang lebih sihat, untuk tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
  • Serta ia mampu memulihkan tenaga batin dan untuk kelihatan awet muda. Susu kambing untuk kesuburan.

 

Susu kambing boleh diminum ketika panas atau sejuk malah sudah diolah menjadi ais krim, keju dan mentega.

 

Khasiat Susu Kambing. Nutrisi Dua Kali Ganda Lebih Baik Dari Susu Lembu!

MILKSHAKE SIHAT SUSU KAMBING

 

BAHAN-BAHAN:

500ml susu kambing

1 Biji Pisang

3 Biji Strawberi (Boleh tambah jika suka)

Ads

3 Buah kurma (rendam dalam air suam)

1 sudu besar kismis

1 sudu besar oat

1 sudu besar nestum

Beberapa ais ketul (tidak perlu ais jika susu sudah sejuk)

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
  2. Kisar bahan-bahan sampai halus.
  3. Tuang ke dalam cawan dan hiaskan dengan bahan hiasan yang anda suka.
  4. Sedia dihidangkan.

 

Khasiat Susu Kambing. Nutrisi Dua Kali Ganda Lebih Baik Dari Susu Lembu!

PANNA COTTA SUSU KAMBING & SOS OREN

BAHAN PANNA COTTA

250ml susu kambing segar

250ml whipping cream

2 sudu besar gula pasir (ikut tahap kemanisan anda)

1 1/2 sudu kecil gelatin

1 sudu kecil esen vanila

Parutan kulit limau

 

CARA MEMASAK PANNA COTTA:

  1. Larutkan gelatin dengan 2 sudu besar air.
  2. Masukkan susu segar, krim dan gula di dalam periuk. Biarkan masak dengan api kecil sehingga sedikit mendidih. Tutup api.
  3. Kemudian masukkan larutan gelatin dan kacau sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan essen vanila. Kacau sebati.
  5. Masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.

 

BAHAN SOS OREN

Buah oren (isi buah)

5 sudu besar Jem oren

4 sudu besar Air kosong

 

CARA MEMASAK SOS

  1. Masukkan jem oren, buah oren dan air kosong kedalam periuk.
  2. Masak sos sehingga larut dan sebati. Biar sos pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sos sejuk.

 

 Khasiat Susu Kambing. Nutrisi Dua Kali Ganda Lebih Baik Dari Susu Lembu!

HEALTHY OVERNIGHTS OATS

Ads

BAHAN-BAHAN

40gm Oat

100ml Yogurt kambing

25ml susu kambing segar

1 sudu kecil madu

Strawberi

Rasberi

Sedikit serbuk kayu manis (pilihan)

Kekacang (pilihan)

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan oat, susu dan yogurt kedalam jar atau bekas yang ada.
  2. Selepas itu masukk madu, serbuk kayu manis, buah tsrawberi dan rasberi dan kekacang.
  3. Goncangkan dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman.

 

 Khasiat Susu Kambing. Nutrisi Dua Kali Ganda Lebih Baik Dari Susu Lembu!

KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN

Ads

250gm mentega

230gm gula halus

2 sudu teh ovallate

4 biji telur gred A

270gm tepung gandum*

1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

60gm susu pekat manis

2 camca besar serbuk koko

4 camca besar susu kambing segar

1 camca teh coklat emulco

 

CARA MEMASAK

  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  3. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  6. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 – 35 minit. Sejukkan Seketika sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan sepenuhnya atas radai.

Selamat Mencuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI