Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah kira-kira 9000 tahun yang lalu. Berkemungkinan ia juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.

Khasiat Yang Boleh Dapat Jika Amal Minum Air Barli Setiap Hari.
Pokok barli

Bijirin barli ni kelihatan macam biasa tetapi disebaliknya terkandung 1001 khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan. Selain direbus dan dinikmati sebagai minuman, barli juga boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Ia kaya dengan fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting yang lain yang sangat bagus dalam memberikan manfaat kepada tubuh badan.

Khasiat Yang Boleh Dapat Jika Amal Minum Air Barli Setiap Hari.
Barli belum proses

 

KHASIAT BARLI

1. MENYEJUKKAN BADAN.

  • Jika demam atau suhu badan tinggi, jus barli dikatakan boleh menyejukkan badan.

2. KAYA VITAMIN & ZAT GALIAN

IKLAN
  • Malah ia juga mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk tubuh. Antaranya 11 kali kalsium, 5 kali zat besi, 7 kali vitamin C dan 80 mg vitamin B12 daripada 100gm barli. Wow…Bagusnya!

3. BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN

  • Barli juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia mengandungi serat yang memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

4. BANTU RENDAHKAN KOLESTEROL & ELAK SEMBELIT

Khasiat Yang Boleh Dapat Jika Amal Minum Air Barli Setiap Hari.
Barli siap proses

5. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT BARAH & JANTUNG

IKLAN
  • Pengambilan bijirin ini juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Ini kerana ia mengandungi tokol yang tinggi, iaitu minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida ini membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.

 

Banyak kan khasiat bijirin kecil ni? Jadi amalkanlah pengambilan Barli dalam diet harian anda. Selain dibuat minuman, Barli juga boleh dimasak. Jom cuba resipi di bawah ini. Anda pasti sukakan rasanya.

 

IKLAN

SUP BEBOLA DAGING BARLI TIMUN

Khasiat Yang Boleh Dapat Jika Amal Minum Air Barli Setiap Hari.

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 batang timun jeruk
  • 150gm barli
  • 200gm daging lembu cincang
  • 1biji telur
  • 1-2  sudu teh pes bawang putih
  • 3 biji bawang merah | hiris nipis
  • 2-3 biji ubi kentang | potong dadu
  • 2.5 liter air rebusan / stok daging
  • Sedikit daun dill
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Basuh barli dan rendam semalam. Ketepikan.
  2. Masukkan air rebusan/ stok daging di dalam periuk dan apabila menggelegak, masukkan barli. Masak lebih kurang 20 minit. Ketepikan.
  3. Untuk menyediakan bebola daging; satukan daging cincang, telur, pes bawang putih dan sedikit garam. Gaul sekata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah hingga terbit wangi dan tuang ke dalam air rebusan/stok tadi. Gaul sekata.
  5. Masukkan ubi kentang dan bebola daging dan masak lagi kira-kira 15 minit atau sehingga bebola daging dan ubi kentang masak sepenuhnya.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan timun jeruk, daun dill dan masak beberapa minit lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
  7. Angkat dan sedia dinikmati ketika panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI