Sekali pandang macam lepat jagung kan, tapi sebenarnya bukan. Kalau nak makan tak payah pergi sampai ke Thailand, buat sendiri pun boleh.
Kuih khopud nung atau pulut jagung kukus berlemak ni menurut Fatin Damia menggunakan pulut yang dicampur santan pekat dan juga jagung yang telah diparut. “Dibalut dengan daun jagung lalu dikukus, rasanya lemak manis. Kalau pergi Thailand kuih ini memang banyak dijual di sana,” cerita Fatin dalam laman FB nya.
Kalau nak tahu apa lah rasa kuih ini, jom kita cuba buatnya.
CARA MEMASAK : 1. Rendam pulut lebih kurang 1 jam kemudian kukus separuh masak. 2. Selepas itu, keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul dengan santan dan jagung yang telah diparut tadi bersama dengan gula dan juga garam 3. Balut pulut dengan daun jagung dan kukus semula sampai masak lebih kurang 20 minit. 4. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan dahulu sebelum dihidangkan
Hujan begini sedap dapat makan ayam panggang. Menu ringkas dan mengenyangkan. Anak-anak pun pasti suka dengan menu ini. Ayam dengan campuran italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon memberikan rasa yang enak. Bolehlah cuba nanti.
Cara Buat Ayam Panggang Simple
Bahan-bahan :
170 gm ayam
1 sudu teh italian herbs
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh paprika
1 sudu teh perahan lemon
10 gm hirisan kulit lemon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam dan lada hitam
Cara memasak :
Campurkan bahan dalam 1 mangkuk iaitu italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon
Kemudian setelah campur sebati. Letakkan ayam bersama bahan yang digaul tadi.
Masukkan hirisan kulit lemon dan minyak zaitun.
Perab bahan perapan selama semalaman atau 30 minit.
Sediakan kuali dan masuk ayam yang telah diperap.
Masak dalam masa 7-10 minit dan setelah siap boleh dihidang bersama kentang lenyek, dan coleslaw dan sos perang
1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api. 2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye.
3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun. 4. Perap adunan minimum 5/6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahanpun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji.
8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu. 9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resipi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Ikutlah kehendak masing-masing ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. Saya tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.
NOTA:
*Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. Tapi ada orang suka kuih ni manis. *Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.