Kalau anda seorang peminat makanan korea, Kimchi bukanlah makanan asing. Memang menjadi pelengkap hidangan jika menikmati makanan Korea. Hanya menggunakan bahan asas iaitu kubis dan biasanya masyarakat Korea memeramnya untuk rasa yang lebih sedap dan memenuhi citarasa. Apa kata membuatnya sendiri kalau dah suka sangat.
KIMCHI HOMEMADE
Bahan-bahan:
4-5 kilogram kubis panjang
1 biji lobak putih
2 biji lobak merah
1 biji epal hijau
Daun bawang
1 cawan garam
1 cawan bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang kuning
2 cawan serbuk cili
½ cawan tepung pulut
½ cawan gula
3 cawan air
1 cawan sos ikan
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong kubis panjang bersaiz kecil dan rendamkan sebentar di dalam air. Tapiskan.
2. Kemudian, gaulkan kubis dengan garam.
4. Untuk menyediakan bubur/bahan awet/air tapai, masakkan air dan tepung pulut pada api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan bubur sentiasa dikacau supaya sebati. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.
Ads
5. Masukkan gula dan didihkan bubur sekali lagi.Tutupkan api dan biarkan sejuk.
6. Kemudian, potong nipis lobak merah, lobak putih dan daun bawang.
7. Seterusnya, kisarkan bawang putih, halia, bawang kuning dan sos ikan sehingga halus.
8. Untuk menghasilkan pes kimchi, gaulkan bubur, campuran bawang putih dan sos ikan dan serbuk cili.
9. Tambahkan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa anda.
Ads
10. Setelah kubis selesai diperap selama 2 jam, bilaskan dengan air untuk menghilangkan rasa masin. Cuci sekurang-kurangnya 3 kali.
11. Apabila semua bahan sudah disediakan, gabungkan pes kimchi dengan lobak merah, lobak putih dan daun bawang.
12. Kemudian, gaulkan pula kubis panjang dengan campuran pes kimchi dan sayuran.
13. Apabila kubis sudah disaluti pes kimchi dengan rata, gulungkan sehingga ketat untuk mengurangkan rongga udara.
Ads
14. Simpankan di dalam bekas. Pastikan setiap kubis disusun dengan mampat.
15. Simpankan kimchi di luar selama 1½ hari untuk proses penapaian.
16. Setelah ditapaikan, simpankan di dalam peti sejuk.
Rasanya yang masam dan pedas memang lazat dinikmati begitu sahaja atau dicampur di dalam masakan lain!
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. 2. Masukkan lengkuas. Kacau-kacau. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan. Masukkan akar ketumbar (pastikan ketuk dahulu akar ketumbar ye) 3. Masukkan tomato dalam 4, 5 ketul. Kacau-kacau sekejap.
4. Masukkan jus limau nipis, sos ikan, gula nisan thai dan sedikit daun limau purut (buang tangkai untuk elak kuah jadi pahit). Kacau rata. 5. Tutup tudung periuk dan biarkan kuah mendidih. Bila dah mendidih, masukkan ikan siakap.
6. Masukkan baki tomato yang ada, cili padi (diketuk sedikit sebelum dimasukkan), bawang holland dan baki daun limau purut. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata. 7. Biarkan 3-4 minit untuk bagi bahan meresap ke dalam ikan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Kek marble ni memang sedap padu bila ditambah bijirin Nestum. Letakkan minyak jagung jadi moist, lembut dan enak.
Warna apa pun boleh, ni resipi dari Farisha Sofea ni boleh dicuba. Bahan pun taklah rumit dan banyak.
💓 KEK MARBLE NESTUM 💓
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : 5 biji telur gred A 1 sudu teh k esen vanilla 1 sudu besar ovallete 50gm susu penuh krim 130gm gula halus
Bahan B : 170gm tepung naik sendiri ( diayak ) 2 paket kecil nestum original
Bahan C : 100gm minyak jagung
Bahan Lain : pewarna pilihan
CARA MEMASAK :
1. Satukan ke semua Bahan A dan pukul sehingga kembang .
2. Masukkan Bahan B dan kacau rata .
3. Masukkan pula Bahan C dan kaup balik sehingga sebati . 4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan .
5. Tuangkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang yang telah digris ( sy guna loyang bulat 7″ ) .
6. Ulang sehingga habis . 7. Lorekkan adunan jika suka . 8. Panaskan oven , hentakkan sedikit loyang dan bakar pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing . 9. Sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan .
10. Kemudian terlangkupkan semula . 11. Sejukkan sebelum dipotong . Siap,sedia dihidang 💓
Tomato puree ni adalah salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA-CARA BUAT TOMATO PURI SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg tomato masak
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.
2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.
3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.
4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.
5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.
6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri.
7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.
8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!