Apa yang anda boleh buat dari buah labu. Selain dibuat pengat atau bingka, boleh juga buat kimpu kueh. Kuih labu goreng yang lembut.Resepi dikongsikan Musyahadah Oo adalah turun temurun dari moyang.Dimakan ketika panas memang enak. Bolehlah cuba nanti.
KIMPU KUEH (CHINESE)
Bahan-bahan:
Labu kuning-sagat halus
Tepung gandum
Kucai
Bawang merah kecil dan bawang putih-hiris
Garam
Lada sulah
Ads
Air sejuk
Ajinomoto/perasa sedikit kalau suka
Cara membuat:
Ads
1.Campur semua bahan tadi.
2.Pastikan cukup rasa macam adunan cucur.
3.Goreng hingga kekuningan.
4.Siap dihidang dengan sos cili Thai/kampung koh cili.
Pulut biasanya dijadikan pulut kuning ataupun dimakan bersama aneka kuah manis. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh sajikan Lemang Goreng Celup Telur atau juga dipanggil Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga. Sedap! Boleh cuba resipi perkongsian saudari NorShawatie Mohamed ni.
PULUT KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut | direndam 8 jam
1 kotak kecil santan
1 cawan gula
1 sudu kecik garam
3 biji telur
1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
Satukan santan, gula dan garam dalam bekas. Campurkan juga air panas ke dalam santan. Kacau hingga sebati.
Toskan beras pulut dan kukus separuh masak. Angkat dan gaulkan dengan bancuhan santan tadi.
Kukus kembali pulut tadi hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan anggaran 20 minit.
Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan ratakan hingga padat.
Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai, sambal atau dimakan begitu sahaja.
Kalau anda peminat kuih tradisional yang berkuah manis dan berlemak, bubur candil labu ni wajib masuk senarai! Gabungan candil kenyal daripada labu lemak manis dengan kuah santan pekat menjadikan hidangan ni sangat memikat — sesuai untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut majlis istimewa.
Menariknya, resipi ni bukan saja sedap, tapi juga mudah disediakan. Labu bukan sekadar beri warna keemasan yang cantik, malah teksturnya buat candil lebih lembut dan rasa manisnya semula jadi. Dengan bahan asas macam tepung pulut, santan dan gula melaka, anda boleh hasilkan bubur yang buat tetamu puji berkali-kali!
BUBUR CANDIL LABU
BAHAN-BAHAN:
250gram labu – kukus/rebus dan lenyek
5 sudu besar tepung pulut
½ sudu kecil garam
BAHAN KUAH
1 ketul gula melaka kecil
2 sudu besar gula merah
2 cawan air
Sedikit tepung pulut/tepung jagung – jika nk pekat
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN
1 kotak santan (200ml)
½ cawan air
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ini idea bernas yang boleh bantu anda yang tercari-cari menu untuk minum petang sambil layan keputusan PRU14. Mudah, senang dan sedap. Nak resipi ini ada empat resipi yang boleh anda pilih dan cuba ye.
CHURROS BERSOS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega tanpa garam
240ml air
2 sudu teh gula halus
¼ sudu teh garam
110ml tepung serba guna
3 biji telur
Minyak sayuran untuk menggoreng
Gula halus secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Masak hingga mendidih atas api sederhana. Kecilkan api dan masukkan tepung dan gaul kira-kira satu minit.
Keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan pastri ke dalam beg paiping/pastri yang dipasang dengan nozel berbentuk bintang.
Panaskan 10cm minyak dalam periuk sehingga suhunya mencecah 325 darjah C. Pegang beg pastri beberapa inci daripada minyak dan tekan adunan sepanjang 10cm dan potong dengan pisau.
Goreng dan balikkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
Golek churros pada gula halus dan hidangkan bersama sos coklat.
MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT
BAHAN-BAHAN:
115gm kacang walnut
195gm tepung serba guna
170gm gula halus
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 telur (gred A) ] pukul sedikit
115gm mentega ] cairkan dan sejuk
3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
Campurkan pisang lenyek.
Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 buku perisa roti buah-buahan
120gm coklat gelap
60gm coklat susu (milk chocolate)
2 biji telur
300ml double cream
85gm gula kastor
3 titis esen vanila
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Ketepikan.
Untuk kastard coklat. Panaskan krim secara ‘double boil’.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang dan pekat. Kemudian tuangkan ke dalam krim.
Masukkan esen vanila dan kacau. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi agak pekat.
Tutup api dan angkat. Kemudian masukkan coklat sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga adunan pekat dan berkilat. Ketepikan.
Sapukan mentega pada kedua-dua bahagian roti, potong segi tiga dan susun di dalam loyang untuk lapisan pertama.
Patahkan coklat susu dan tabur di atas roti. Susun roti untuk lapisan kedua. Kemudian tuang kastard coklat dan ratakan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!