Kisar Semua Bahan & Perap Untuk Seekor Ayam Panggang Black Pepper

Share


Resipi mudah untuk panggang seekor ayam dengan rasa yang enak. Semua bahan-bahan perap dikisar dan dilumur pada ayam.

AYAM PANGGANG BLACK PEPPER SEEKEOR

BAHAN KISAR:

  • 2 labu bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu sos blackpeper
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu serbuk blackpaper
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu gula
  • 1 kiub pati ayam

BAHAN-BAHAN:

  • Kentang
  • Herba campuran (mix herb)
  • Broccoli
  • Tomato ceri

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan-bahan dengan sedikit air.
  2. Lumur seluruh ayam dengan bahan yang dikisar tadi dan perapkan bersama kentang. Sebelum itu tu lumur dengan mixherb dan bakar selama 60minit suhu 180’c.
  3. Sudah siap boleh hidangkan dan cicah dengan sos blackpeper atau sos chili.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Love Norra Make Up

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

  1. SOS LADA HITAM
  2. SOS ALA THAI
  3. KENTANG PUTAR & SOS BLACK PEPPER
Published by
Zera Naim