Setiap orang pasti memiliki coklat kegemaran masing-masing.Coklat merupakan salah satu makanan yang sangat digemari. Bila nak rehat sebentar, dapat menikmati coklat kegemaran, memang bahagia rasa.
KITKAT® memang terkenal dengan coklat yang enak dan sedap. Lebih mengujakan, KITKAT® Bar baharu perisa coklat susu dan coklat gelap diperkenalkan. Ia memang pilihan yang sempurna untuk sekeluarga nikmati bersama. Waktu santai dihabiskan bersama keluarga dan inilah masanya untuk berkongsi KITKAT® Bar yang penuh rasa mewah .
Snek yang kaya dengan coklat
Lihat saja bungkusan KITKAT® Bar baharu ini buat anda tertarik nak memilikinya kerana nampak mewah dan premium. Nak dihadiahkan pada mereka yang tersayang pun sangat berbaloi.
Paling penting coklat ini tampil dengan saiz lebih besar dan lebih puas menikmatinya. Perbezaan utama terletak pada kandungan coklatnya yang lebih tinggi, maka rasa coklatnya lebih mewah. Tekstur coklatnya lebih halus, lebih pekat ,tebal dan meleleh di mulut. Memang leka menikmatinya.
Bagi perisa coklat gelap anda dapat merasai keseimbangan koko mewah dan rasa coklat yang sempurna di dalamnya.
KITKAT® bar baharu yang diimport dari Australia ini amat sesuai dinikmati bila-bila masa bersama keluarga. Patahkan sekeping KITKAT Bar Coklat Susu dan nikmati kelazatan dan kemewahan rasa coklatnya. Bar coklat ini terdiri daripada 11 baris jari wafer rangup yang disaluti coklat susu dari Nestlé Cocoa Plan. Buka bungkusan, patahkan dan kerat dua untuk menikmati coklat susu halus atau coklat gelap.
Ads
Coklatnya berkrim dan meleleh di mulut. Wafer yang digunakan sebati dengan coklat. Gabungan tekstur rangup dan rasa penuh yang kaya menjadikan bar ini sebagai makanan ringan kegemaran sepanjang masa.
“Saya suka bar coklat ini kerana rasanya sangat mewah dengan coklat. Wafer rangup di dalamnya dan coklat ada di dalam dan di luar. Tidak terlalu manis dan mudah makan sebiji bar dan saya makan coklat ini bersama kopi. KITKAT® Bar ini sememangnya kegemaran saya dan keluarga,”
Tepuk dada tanya selera, mana satu pilihan kalbu. Yang pastinya, kedua -dua perisa ini memang buat tak sabar nak makan. Dahlah menarik, harga pun memang berbaloi. Anda boleh dapatkan KITKAT® Bar edisi ini dengan harga RM8.90 untuk sebungkus 170g. KITKAT®️ Bar ini diperakui HALAL oleh HCAA (HALAL Certification Authority Australia) dan diiktiraf oleh JAKIM.
Tampil dalam ukuran Bar yang sempurna. Didatangkan dalam pembungkusan matte premium dengan ciri yang dapat ditutup semula di bahagian belakang pek.
Hah tunggu apa lagi, jangan sampai habis diborong orang lain. Jangan lupa kongsi kelazatan coklat ini dengan keluarga ye. Anda boleh dapatkan KITKAT® Bar ini di Lotus’s, GIANT, AEON, AEON BIG dan E-commerce (Lazada, Shopee & Pandamart).
Untuk maklumat terperinci boleh layari Instagram (@kitkatmalaysia), Facebook (KitKat Malaysia) dan YouTube (KitKat Malaysia).
Ads
Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih daripada sekadar coklat bar biasa, rebut ini!Selamat berehat, dapatkan KITKAT® Bar.
Mencari hidangan istimewa untuk tetamu di pagi raya? Sama ada hidangkan menu nasi, mee, kek atau biskut raya pada pagi raya, tidak perlu risau bila ada Mentega Anchor.
Raya anda pasti lengkap dengan juadah Raya yang menggunakan Mentega Anchor, mentega tulen warna keemasan semulajadi dengan rasa berkrim dan kaya.
Antaranya Kek Telur Masin antara hidangan yang boleh anda sajikan kepada mereka. Memang enak bila dapat menikmati kek coklat yang dituang dengan sos telur masin.
Nak lagi sedap, pastikan anda guna Mentega Anchor Unsalted. Mentega tulen dari New Zealand ini adalah pilihan yang terbaik. Aromanya sahaja sudah cukup menangkap selera.
Buat kek anda rasa lebih berkrim dan kaya, lengkapkan menu anda dengan Susu UHT Fernleaf dan Susu Tepung Fernleaf Family. Hasilnya memang memuaskan hati. Tak jemu rasa menikmati kek ini.
Pastinya tetamu anda teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.
1. KEK TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN A:
215gram Mentega Anchor Unsalted – cairkan 1 ½ cawan Susu UHT Fernleaf 1 ½ cawan gula kastor 1 ¼ cawan tepung gandum – ayak 1 cawan serbuk koko 3 biji telur 1 sudu teh baking powder – ayak 1 sudu teh soda bikarbonat – ayat
BAHAN-BAHAN B (TOPPING):
1 cawan Susu UHT Fernleaf 30gram Mentega Anchor Unsalted 2 sudu makan gula kastor 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) 1 sudu makan serbuk telur masin Beberapa titik pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek, satukan Mentega Anchor Unsalted, Susu UHT Fernleaf, gula kastor dan telur dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan hingga sebati kemudian tuang dalam mangkuk. 2. Masukkan bahan-bahan ayak ke dalam mangkuk lalu kaup-balikkan sebati. Tuang adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan parchment paper. 3. Kukus kek hingga masak dan sejukkan. 4. Untuk membuat topping; satukan semua bahan B dalam periuk lalu kacau sebati. Didihkan dengan api yang sederhana. Jika bancuhan terlalu likat, tambah sedikit air panas. Kacau topping hingga likat. Sejukkan sebentar (boleh sejukkan dalam peti sejuk). 5. Keluarkan kek yang dah disejukkan dari acuan, tuang topping ke atas kek.
2. BISKUT BIJIRIN RANGUP
BAHAN-BAHAN:
215gram Mentega Anchor Unsalted – suhu bilik 1 cawan tepung gandum 1 cawan nestum ½ cawan tepung jagung ½ cawan gula kastor ¼ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) 1 biji telur ½ sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk pengadun, satukan Mentega Anchor Unsalted dan gula. Pukul hingga lembut. 2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin. 3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, Susu Fernleaf Family dan nestum. Gaul sebati. Rehatkan adunan 10 minit. 4. Terap doh adunan mengikut acuan yang digemari lalu susun dalam dulang pembakar. 5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga biskut keperangan-perangan. Sejukkan biskut di redai.
3. RAMEN RENDANG AYAM CHEESE
BAHAN A:
2 peket mi ramen – celur separuh masak & toskan Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya Mentega Anchor Unsalted secukupnya
BAHAN B:
15 tangkai cili kering – basuh & rebus 8 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci lengkuas ½ inci halia ½ inci kunyit hidup 2 batang serai 1 sudu makan ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih
BAHAN C:
500gram ayam – potong kecil 1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) 2 sudu makan kerisik 1 sudu makan gula perang 2 helai daun limau purut – siat Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B di dalam mesin pengisar lalu kisar halus hingga menjadi pes. 2. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 3. Masukkan ayam, Susu Fernleaf Family, kerisik dan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah gula perang dan garam secukup rasa. Masak beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan sebentar. 4. Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu sedikit Mentega Anchor Unsalted. Letakkan selapis ramen celur di dalam mangkuk tadi. Sendukkan rendang ayam menjadi lapisan kedua. Kemudian, tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya. Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan. 5. Akhir sekali, tabur Keju Perfect Italiano Grated Parmesan di lapisan paling atas. 6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 35-45 minit atau hingga bahagian atas keperang-perangan. Hidangkan panas.
4. RICE CUBE SERUNDING DAGING CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4-6 biji ketupat nasi sejuk – potong kiub 1 cawan serunding daging kering 1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) Mentega Anchor Unsalted secukupnya 1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella Garam & lada sula secukupnya Cincangan daun kering – hiasan
CARA MASAK:
1. Di dalam mangkuk yang besar, satukan Susu Fernleaf Family, lada sulah, garam lalu kacau rata. 2. Masukkan Keju Perfect Italiano Mozzarella, serunding daging dan kiub ketupat nasi lalu kacau rata. 3. Tuang campuran tadi ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu Mentega Anchor Unsalted secukupnya. 4. Tabur cincangan daun kering dan lebihan Keju Perfect Italiano Mozzarella di bahagian atas. 5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 30 minit. Hidangkan panas.
5. LINGUINE BRIYANI KAMBING CHEESE
BAHAN-BAHAN A:
150gram linguine – celur & toskan ½ cawan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan 1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
BAHAN-BAHAN B:
400gram daging kambing – potong kecil 4 sudu makan pes briyani 2 biji ubi kentang – belah 4 & rebus 4 biji cili hijau – belah 2 Rempah 3 sekawan – bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga 1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) 50gram Mentega Anchor Unsalted Garam & gula secukup rasa
CARA MASAK:
1. Cairkan Mentega Anchor Unsalted di dalam periuk. Tumis rempah tiga sekawan hingga wangi. Masukkan pes briyani dan daging kambing. Tambah sedikit air lalu didihkan hingga daging kambing empuk. 2. Tuang Susu Fernleaf Family, masukkan kentang rebus, telur rebus dan cili hijau. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga semua bahan empuk dan sebati. Ketepikan. 3. Di dalam mangkuk yang besar, satukan linguine celur dan biryani kambing. Gaul sebati. 4. Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit Mentega Anchor Unsalted, tuang campuran linguine dan briyani kambing tadi lalu ratakan. 5. Tabur Keju Perfect Italiano Mozarella dan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya. 6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan suhu 190-200C selama 30-40 minit. Hidangkan panas.
6. KUIH GUNTING PERISA KARI DAN KEJU
BAHAN A:
500gram tepung gandum 100gram Keju Perfect Italiano Grated Parmesan 50gram Mentega Anchor Unsalted – cairkan 2 sudu makan serbuk kari 2 sudu makan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) 1 sudu teh serbuk ikan bilis Air secukupnya Garam secukup rasa
BAHAN B:
2 labu bawang besar 2 sudu makan udang kering 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih
BAHAN C:
2 tangkai daun kari – cincang kasar 3 tangkai cili kering – hiris nipis
CARA MASAK:
1. Kisar bahan B hingga lumat. 2. Sediakan mangkuk yang besar, satukan bahan A kecuali air beserta bahan B yang telah dikisar tadi. Tambah bahan C lalu gaul sebati. 3. Tuang air sedikit demi sedikit secukupnya hingga membentuk doh yang agak lembut tapi tak melekat. Rehatkan doh sebentar. 4. Canai doh nipis dan gunting mengikut saiz yang diingini. 5. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang besar, goreng doh yang digunting tadi hingga perang dan garing. Toskan lebihan minyak.
Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam (6) tahun berturut-turut.Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk. Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan. “Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini. “Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan. Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini .
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak. Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Oleh itu, Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terasa nak makan pastahari ini. Selain spageti, fettucine pun best gak dimasak sajian Carbonara Mushroom.
Cerita Cikgu Afy @ Afy AL Habibi dalam FB nya, “Sebelum kenal fettucine rasa tak tertelan dalam tekak sebab saiznya lebar dari spageti, Fuhh bila rasa sekali rupanya ketagih pula nak makan.”
.
Resipi ringkas perkongsian dari Cikgu Afy ni tak muak dan ringkas cara memasaknya.
FETTUCINE CARBONARA MUSHROOM
.
BAHAN -BAHAN :
Udang secukupnya
Sosej secukupnya
1 sudu besar sos blackpepper – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Tuangkan minyak zaitun, dan tumiskan bawang putih yang diracik hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan sos prego keju & herba pilihan , gunakan tin yang sama untuk masukkan air kosong.
.
3. Selepas kuah mula memekat, masukkan fettuccine yang sudah direbus. Potong kecil cendawan dalam tin atau cendawan shitake. Masukkan sekali. 5. Kemudian masukkan lada hitam kisar beserta garam bukit. 6. Juga herba campur. Boleh beli dekat kedai bakeri. 7. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.
8. Semasa menghidang, letakkan sekali udang dan sosej yang telah digrill tadi.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.