Sayur pucuk ubi adalah salah satu makanan kampung yang sedap. Selalunya pucuk ubi direbus dan dijadikan ulam. Namun pernah tak korang terfikir nak jadikan pucuk ubi sebagai salah satu bahan campuran dalam masak lemak cili padi?
Kali ini RASA ingin tampilkan resipi ayam yang dimasak lemak cili padi dengan kentang dan pucuk ubi. Tambah sedap apabila dicampur dengan kiub AYAM MAGGI. Memang naik rasa ayam tu apabila masakan ini dimasak menggunakan kiub AYAM MAGGI. Anda tak perlu lagi tambah garam atau gula, sudah cukup lengkap rasanya.
Jadi, jika anda hendak memasak dengan lebih mudah, selalulah ada stok kiub AYAM MAGGI rumah. Selain memudahkan, kiub ini juga menyedapkan lagi masakan anda.
BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi hijau
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam kasar
2 batang serai (diketuk)
600 gram ayam (potong kecil)
500 ml santan cair
3 biji kentang (potong 4)
2 kiub AYAM MAGGI
1 mangkuk pucuk ubi (celur dan toskan)
200 ml santan pekat
CARA MEMBUAT
1. Cili padi, kunyit hidup dan garam kasar dikisar halus lalu dimasukkan ke dalam periuk bersama serai, ayam dan santan cair.
2. Didihkan dengan api yang sederhana sehingga ayam hampir empuk.
3. Masukkan ubi kentang dan didihkan lagi sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
4. Masukkan kiub AYAM MAGGI dan pucuk ubi yang telah dicelur.
5. Tuang santan pekat dan didihkan dengan api kecil sehingga semua bahan masak sebati. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam jika perlu.
Selamat mencuba!
Facebook RASA https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/1567454856724142/
Instagram RASA https://www.instagram.com/p/B0IXnXfntyJ/