Pes mudah yang membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Anda perlu cuba.
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang besar | dipotong kecil
3 ulas bawang putih | dipotong kecil
2 inci halia | dipotong kecil
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
Ads
4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Nasi Ayam Hainan. Lain orang lain cara buatnya. Kalau korang nak cuba kelainan bolehlah cuba resipi yang ini. Lebih best kalau nanti, boleh combine kan cara yang berbeza tu untuk dapatkan yang lebih best lagi.
AYAM CELUR @ REBUS
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam belum dipotong – dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya 😀
Air secukupnya
ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
Halia – dipotong
Daun bawang – dipotong
bawang besar – dibelah
bawang putih – dibelah
sup bunjut
CARA MEMASAK :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika. Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je :p. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak.
Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu.
Kalau rasa malas dan renyah boleh je terus rebus. Dan kalau suka jenis goreng, ayam tu lepas rebus, lumur kicap manis dan goreng api kuat sehingga kulit rangup sahaja.
Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap
NASI AYAM
BAHAN-BAHAN :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
3 – 4 sudu besar stok pekat ayam maggi – yang dalam botol
Minyak untuk menumis
Daun pandan – disimpul
BAHAN KISAR :
4-5 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
4 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam.
Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
SOS CILI
BAHAN-BAHAN :
4 biji cili merah – dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.
SOS HALIA DAN BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
Seketul halia
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.
SOS KICAP
BAHAN-BAHAN :
Sedikit air rebusan sup
kicap
CARA MEMASAK :
Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!
Selamat Mencuba.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm untuk admin masukkan nama anda. Terima kasih
Biasa masak ayam goreng dengan cara biasa, letak garam dan kunyit. Boleh cuba cara ini rasa lebih umphh , dengan ramuan yang membangkit selera.Tak cukup satu pasti merebut nanti.
Bahan-bahan:
10 potong ayam
5 ulas bawang merah -kisar halus
3 ulas bawang putih -kisar halus
2 biji buah keras -kisar halus
2 inci halia -kisar halus
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
serbuk lada
garam secukup rasa
2 batang serai
daun salam
air asam jawa
air secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan bahan yang dikisar halus dalam kuali berisi ayam
2.Tambahkan serbuk kunyit, bubuk ketumbar, serbuk lada dan garam.
3.Masukkan serai dan daun salam.
4.Tambah air secukupnya dan air asam jawa.
Rendang tak kiralah rendang apa pun, kalau dimasak pedas, rasanya lebih sedap. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada salah seorang ahli dalam group facebook Rasa Share Resipi. Pemilik facebook Iedaa Jahaya telah memberikan resipi rendang pedas ayam.
Jom kita tengok.
RENDANG PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
5 tangkai serai (tumbuk atau kisar)
10 tangkai cili padi (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula pasir
1 ekor ayam (potong kecil)
1 cawan santan pekat
Kerisik
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis serai, cili padi, bawang putih, bawang merah dan kunyit sehingga sedikit garing.
2. Masukkan gula pasir. Tumis lagi.
3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga air ayam keluar.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.