Pes mudah yang membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Anda perlu cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar | dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
- 2 inci halia | dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Kredit gambar & resipi: Mas Lieyana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Tumis Udang Petai Dan Kuih Keria ,Menu Kombo Untuk Berbuka
Salam Ramadan. Dalam kita mengharungi minggu PKP ini memasak juga haruslah berpada-pada. Buat menu kesukaan keluarga yang sudah tentu akan dinikmati hingga habis. Maka tiadalah pembaziran. Hari pertama berbuka dah tentu nak yang kecur liur atau menu yang sudah lama tak nikmati. Untuk kuih muih kita cuba buat kuih keria. Jom geledah dapur tengok apa yang ada.
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
Bahan bahan:
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland – hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
5-6 sudu besar cili kering kisar
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja.
2.Angkat udang dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
4.Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
5.Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik.
6.Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang.
7.Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
8.Setelah sebati, masukkan garam serta serbuk perasa.
9.Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar.
10.Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
11.Kacau rata.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KUIH KERIA
Bahan-bahan:
600gm keledek putih atau merah
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Bahan untuk sira:
1/2 cawan gula
1 cawan air
Cara membuat:
1.Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
2.Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
3.Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
7.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
8.Goreng sehingga kekuningan.
Cara memasak sira gula:
1.Masukkan gula dan air di dalam periuk. 2.Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
3.Sejukkan dan hidang.
Tip:
Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Kredit:Rozelkitchen
Masak Lemak Cili Padi Itik Salai & Sambal Udang Petai Cara Chef Mummy.
Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi dipadankan pulak dengan Sambal Udang Petai memang terbaiklah, orang Negeri Sembilan memang tak tolak punya. Rasa pedas sedap itu menjadikan ramai ketagih dengan dua menu ini. Apa lagi kalau resipinya dikongsikan oleh yang pakar dalam memasak, iaitu Chef Mummy dari Armada Hotel, Chef Mummy memang lagend dalam bab masak tradisional Melayu, Nak tau sejauh mana keenakannya, korang boleh cuba dua resipi yang dikongsikan oleh Chef Mummy. t
.
ITIK SALAI GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg itik salai
- 300ml santan pekat
- 2 keping asam keping
- 4 helai daun limau purut
- 3 batang serai | titik
- 3cm lengkuas | ketuk
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Potong kecil itik salai, kemudian bersih dan toskannya.
- Masukkan itik salai dalam kuali atau periuk, diikuti dengan bahan kisar.
- Masukkan juga serai, lengkuas dan daun limau purut.
- Masukkan sedikit air, biarkan mereneh supaya isi itik salai sebati dengan bahan kisar.
- Apabila isi itik masak, masukkan santan pekat, jika terlalu pekat tambah sedikit air.
- Masukkan asam keping dan terus kacau atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi sedia dihidangkan.
.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang kertas saiz XL | buang janggut, bersih dan tos
- 250gm isi petai
- 1 biji bawang besar |hiris bulat
- 200gm cili kisar
- 150gm bawang merah | kisar
- 100gm bawang putih | kisar
- 100gm halia | kisar
- 2cm belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng udang dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng udang dan petai secara berasingan dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan belacan.
4. Kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan udang, kacau rata, kemudian tambah bawang Holland dan petai goreng tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan Sambal Udang Petai sedia dihidangkan.
Rahsia Emak-Emak Buat Kari Paling Sedap..Memang Cukup Rasa!
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
- Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
- Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
- Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
- Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
- Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
- Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
- Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
- Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
- Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
- Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
- Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
- Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
- Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
- Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
- Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.