Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu kenyataan di media sosial rasmi telah mengeluarkan larangan jualan terhadap produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tiada maklumat pengeluaran pada labelnya.
Hasil pemantauan terkini yang dijalankan oleh Program Keselamatan Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM)
mendapati bahawa gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Sibutramine ini adalah ubat terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM. Ia merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar & mengawal selera makan, dan biasanya digunakan dalam kebanyakan produk menguruskan badan.
Pengambilan Sibutramine boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap tubuh antaranya gangguan fungsi jantung, mulut kering, mual, sembelit, sukar tidur dan banyak lagi.
Gula-gula Apple S juga didapati tidak mematuhi syarat perlabelan yang ditetapkan seperti tiada nama sebenar produk dalam Bahaaa Malaysia juga tiada maklumat mengenai pengilng, pembungkus, pengedar atau pemilik hak pengilangan dan pengimport.
Oleh yang demikian, KKM mengarahkan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang memiliki stok produk tersebut menghentikan serta merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk tujuan penyitaan.
Pada masa yang sama, semua bentuk pengiklanan produk ini harus diberhentikan dan orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu berhenti serta merta dan segeralah berjumpa pegawai kesihatan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan.