Kobis Bungkus Inti Ayam Kak Wan Memang Lain Dari Yang Lain, Padu Rasa Dia!

Share
Nampak pelik tapi sedap juga bila penggunaan kobis sebagai pengganti kulit popia. Rasa sedap dan lebih berkhasiat kerana hanya gunakan sayur kobis segar. Untuk yang inginkan kelainan pada masakan, nak tarik perhatian suami dan mertua, bolehlah cuba resipi kobis bungkus inti ayam ni… Nampak sangat menarik makan dengan sos cili Thai memang padu! Jom cuba…

Kobis Bungkus Inti Ayam / Chicken Cabbage Rolls

Bahan-bahan

  • 10 helai daun kobis
  • 300 gm isi ayam
  • 4 ulas bawang putih cincang
  • 2 tangkai cili hijau, cincang
  • 1 tangkai cili merah, cincang
  • 1 tangkai daun ketumbar, hiris
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Cara-cara :

  • Didihkan air dan sedikit minyak, celur daun kobis hingga layu.
  • Angkat dan toskan.
  • Satukan isi ayam, bawang, cili dan daun ketumbar, gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
  • Ambil sehelai daun kobis, buang tulang belakangnya supaya mudah menggulung.
  • Trim bahagian tepi daun jika terlalu tebal.
  • Letak 1 sudu besar inti ayam di bahagian pangkal daun.
  • Gulung setengah, kemudian lipat bahagian kiri kanan daun dan gulung hingga padat.
  • Setelah selesai, kukus selama 30 minit.
  • Hidang bersama sos kegemaran.

 

Sos Cili Thai

Bahan-bahan

  • 5 tangkai cili merah, buang biji
  • 5 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan air
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung jagung, bancuh 1/4 cawan air

 

Cara-cara :

  • Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih.
  • Masukkan ke dalam periuk bersama gula, cuka dan garam.
  • Masak hingga mendidih, seimbangkan rasa manis, masam dan masin.
  • Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat dan berkilat
  • Angkat dan sejukkan.
  • Simpan di dalam botol untuk tahan lebih lama.
  • Kobis Bungkus Inti Ayam / Chicken Cabbage Rolls

Kongsi resipi: Kak Wan

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

Published by
Mastura Abu Kassim