Koci Pulut Hitam Leleh, Sedap Terasa Lemak Masin Santannya

Share

Terdapat pelbagai variasi kuih koci yang boleh didapati kini. Antaranya koci labu, koci pandan dan koci pulut hitam. Lebih sedap lagi, kuih koci yang dibungkus dan dikukus sekali bersama santan atau dipanggil koci leleh.

Ternyata kuih koci leleh ini lebih sedap, terasa lemak masin santannya dengan setiap gigitan kuih koci yang berintikan kelapa tersebut. Nak tahu cara menghasilkan kuih koci pulut hitam leleh yang sedap?

Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Manda Syuhada ini. Memang berbaloi-baloi apabila dapat hasilkan daripada air tangan sendiri.

KOCI PULUT HITAM LELEH

BAHAN-BAHAN:

250g tepung pulut – Boleh beli online di sini

1 ½ cawan air (agak-agak)

½ cawan pulut hitam (kisar dan tapis)

1 sudu besar minyak masak – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan menjadi doh yang lembut.

Bulatkan adunan dan masukkan inti.

Kemudian, rebuskan di dalam air yang mendidih sehingga timbul, dah boleh diangkat.

Setelah itu, masukkan pula ke dalam santan leleh yang telah dibuat terlebih dahulu.

Bolehlah dibungkus dan kemudiannya dikukus selama 3-5 minit.

INTI:

Kelapa. Kalau suka kacang hijau pun sedap.

UNTUK LELEH:

2 cawan santan (anggaran) – Boleh beli online di sini

1 cawan air

3 sudu besar tepung beras – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

Masak kesemua bahan di atas sehingga likat.

Kredit: Manda Syuhada

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida