Enak terasa bila dapat menikmati kuih koci dengan rasa lemak manis. Kuih koci dohnya boleh dipelbagaikan. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut. Buat yang ingin mencuba dikongsikan resipinya oleh Lisa’s Sweet Kitchen.
Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air
Cara
Satukan kedua tepung dan garam dan juga kentang yang telah direbus dan dilenyek. Uli sedikit sedikit dengan air hingga sebati.
Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.
Kite panggil kuih bakar pandan..ade yg panggil bingka tepung…suka yg jenis kosong camni..x letak bijan…
x kisah la tu..janji sodap..kuih peberet seisi keluarga ni. Saya ikut resepi ni tau…boleh la cube…
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula..kurangkan kalau x nak.manis
1 cwn air pandan
2 1/2 cwn santan
sedikit garam
Cara memasak:
Campurkan semua bahan..kacau
Nak bagi sebati saya blend kejap.
Lepas tu boleh le dimasukkan dlm loyang dan dibakar
Oven suhu 200 selama 1 jam…kalau nak kerak lebih bakar la lama sikit ye…
Sedapnya Apam Balik. Bila tiba bulan puasa, kuih ni antara yang paling banyak dicari untuk berbuka. Namun tahun ni nampaknya tiada Bazar Ramadan dianjurkan kerana Covid-19. Tapi tak mengapa, anda pun boleh masak Apam Balik ni dekat rumah. Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Guna pan biasa je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
CARA MASAK APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair / full cream
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA: 1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat. 2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat. 3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati. 4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan). 5.Perap adunan selama 1 jam.
BAHAN TABUR / INTI:
Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 tin jagung manis
Mentega / marjerin secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin. 2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi. 4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat. 6. Sedia untuk dinikmati.
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Kuih talam adalah sejenis kuih yang memang menjadi kegemaran ramai individu di tanah air kita. Cita rasa lemak manis ditambah dengan teksturnya yang lembut, amat enak dijadikan sajian ketika minum petang.
Jom kita lihat resipi untuk membuatnya. Mudah dan boleh dicuba.
KUIH TALAM GULA MELAKA
BAHAN A (Lapisan bawah)
3/4 cawan gula melaka
2 sudu besar gula
2 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
BAHAN B (Lapisan atas)
1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Lapisan bawah. Panaskan kuali kemudian masukkan gula melaka, gula dan air. Masak sehingga cair. Kemudian sejukkan seketika.
2. Campurkan semua bahan tadi termasuk tepung gandum. Kisar dan kemudian tapis.
3. Tuang adunan BAHAN A anggaran 3/4 penuh ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit.
4. Lapisan atas pula. Kisar semua BAHAN B. Tapis dahulu.
5. Masukkan BAHAN B yang dikisar hingga memenuhi acuan.
6. Kukus lagi 10-15 minit.
7. Sejukkan dan sedia dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!