Koci Pulut Hitam Manis Berlemak

Share

Enak terasa bila dapat menikmati kuih koci dengan rasa lemak manis. Kuih koci dohnya boleh  dipelbagaikan. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut. Buat yang ingin mencuba  dikongsikan resipinya oleh  Lisa’s Sweet Kitchen.

Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air

Cara
Satukan kedua tepung dan garam dan juga kentang yang telah direbus dan dilenyek. Uli sedikit sedikit dengan air hingga sebati.
Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.

Dadih
500ml santan pekat
500ml air
70gm tepung beras
1tbsp garam

Cara
Kacau atas api biar pekat.
Inti

A
200gm gula merah
100gm gula putih
250ml air
2helai daun pandan
Masak hingga mendidih dan tapis

B
500gm kelapa putih
2tbsp tepung pulut putih
1tsp garam
Satukan dengan bahan B,
Kacau atas api hingga kering

Kredit Resepi – Lisa’s Sweet Kitchen

Published by
Putri