Ada yang sedang berpuasa minggu ini? Tentu dah berfikir minuman dan makanan apa yang enak untuk dinikmati nanti. Memang layan dapat koktel mangga cheese ni. Puas hati rasanya,tambah ais bila nak makan, serius memang layan.
KOKTEL MANGGA CHEESE
BAHAN – BAHAN SUSU CHEESE :
Mangga
170g cream cheese
500 ml fresh milk
380 ml susu cair
80g susu pekat (kalau rasa suka manis boleh tambah lagi)
CARA MEMBUAT:
1.Kisarkan semua bahan.
BAHAN ISI
Mangga – kisar tanpa air
Biji selasih – rendam dalam air
Nata de coco
Ads
Agar-agar mangga
*Agar-agar terpulang nak letak ataupun tak tapi kalau ada lagi sedap
BAHAN AGAR-AGAR :
5 g serbuk agar-agar
120g gula halus
500ml air
Perasa mangga
CARA PENYEDIAAN:
Ads
1.Campurkan semua dan masakkan atas api sampai mendidih.
2.Tapiskan dalam bekas, biarkan sejuk & potong dadu.
CARA NAK HIAS :
1.Letak isi mangga yang dah kisar tadi untuk jadi base.
2.Kemudian baru letak sagu, nata de coco dan agar-agar.
3.Akhir sekali baru masukkan susu and siap untuk dihidang.
Tengah hari panas-panas kalau minum air macam ni pun sedap kan? Bukan air laici biasa tau. Tapi air laici yang diletak peach gum. Peach gum ni dikatakan lebih baik berbanding sarang burung. Kalau peach gum ni direbus, air rebusannya itu dikatakan mempunyai kandungan kolagen yang tinggi. Peach gum adalah getah lutsinar yang terhasil daripada pokok pic.
AIR LAICI PEACH GUM
BAHAN-BAHAN
Air secukupnya
Sedikit white fungus | potong kecil
11 biji kurma merah
Sedikit goji
100 gram peach gum | rendam semalaman
1 tin laici hosen
200 gram nata de coco | buang airnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan white fungus. Biarkan seketika.
2. Masukkan kurma merah dan goji. Biarkan mereneh sekejap.
3. Masukkan peach gum, laici dan nata de coco.
4. Kacau dan sedia untuk dinikmati.
Jus Lai Chi Kang adalah salah satu minuman untuk mengeluarkan haba kepanasan dalam badan. Kebiasaan yang suka minumnya adalah dari orang cina. Air Lai Chi Kang sangat sesuai minum ketika musim panas kerana bahan-bahan yang ada dapat menyejukkan badan.
AIR LAI CHI KANG
BAHAN-BAHAN
Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
Katira (rendam 3 jam)
Longan kering (rendam kejap 5 minit )
Biji selasih (rendam 5 minit)
Kacang tanah (sangai)
Buah laici
Buah kundur kering
Barli (rebus dulu)
Cincau
Buah Lo Han Ko
Kurma merah cina
Daun pandan
Gula batu
CARA MEMASAK:
Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan Buah Lo Han Ko
Bila sudah menggelegak masukan kurma merah cina dan longan kering. Biarkan seketika.
Kemudian siap, senduk letak dalam jag/mangkuk. Isikan bahan-bahan lain bila hendak minum sejuk letakkan ais.
Dikala cuaca panas, memang sedap kalau dapat minum Air Lemon Tea Pudinayang sedap, resipi perkongsian Chef Asma Nordinni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang didapati. Menurut beliau, anaknya pun puji cakap air ni adalah air tersedap pernah dia minum. Kalah air di kedai. Aroma lemon dan pudina memang memikat selera. Chef juga izinkan resipi ini digunakan untuk tujuan niaga. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT AIR LEMON TEA PUDINA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 liter air panas (1 jug) 4 uncang teh serbuk – beli online disini 1 biji lemon 200gm gula pasir – beli online disini Secekak daun pudina
CARA PENYEDIAANNYA: 1. Lemon dibelah dua dan diperah untuk ambil jusnya. Pastikan biji dibuang . Bila selesai diperah, kulit lemon dipotong nipis-nipis 2. Satukan air panas, gula pasir dan teh uncang di dalam jug. Kacau hingga gula hancur dan larut. 3. Masukkan jus lemon yang diperah tadi, hirisan kulit lemon dan daun pudina yang telah dibersihkan. Sebatikan. 4. Air Lemon Tea Pudina sedap siap untuk diminum secara sejuk atau panas.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.