Kuih tradisi memang sukar ditukar ganti. Dalam setiap gigitan, terbayang nostalgia yang pastinya sangat indah untuk dikenang. Bagi yang dah lama tak makan kuih ‘lama’ ni, alang-alang ada masa lebih hari ni, bolehlah buat kuih koleh kacang. Memang puas hati.
Ads
Ads
Ads
BAHAN – BAHAN:
500gm tepung kacang hijau
500ml santan pekat
1.5 liter air
Secubit garam
BAHAN AIR GULA:
350gm gula merah
150gm gula pasir
400ml air
BAHAN TAHI MINYAK:
500ml santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan air gula, didihkan dengan api sederhana sehingga menjadi pekat. Tapis.
2. Kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
3. Apabila adunan sudah sejuk atau suam-suam kuku, masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Setelah itu didihkan semula adunan dan masak perlahan-lahan sehingga menjadi pekat.
5. Sudu adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
6. Untuk tahi minyak, didihkan santan di atas api perlahan sehingga mengeluarkan minyak kelapa.
7. Akhir sekali, taburkan tahi minyak pada koleh yang telah dipotong. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
BagipenggemarKuihTalam Pandan, resipidarisaudariZuraZuliniandapatutcuba. Sangat mudah dan tidakmenggunakanbanyakbahannamunrasanya sangat enak. Jika andamerasakankuihinisusahdisediakan, andapatutubahtanggapan. Denganresipiini, pandanganandapastiberubah. Mudah sangat! Jomcuba. Andapastikagumdenganhasilnya.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM PANDAN MINI GUNA ACUAN LOMPANG
9. KuihTalam Pandan siapdisediakan dan tunggukuihsejukterlebihdahulubarudikeluarkandariacuan.
NOTA: Untukkuihini, ikutsukanaktuangsamaada yang putihatau yang hijauterlebihdahulu.
Jika nakkukusdalamloyang yang bersaiz 10×10, alas loyangdenganplastik. Kukuslapisanpertamaselama 20 minit. Bilasudahmasak, tuanglapisankedua dan kukuslagiselama 20 minit.
Alhamdulillah dah lama nak kan kuih ni, selalu buat masa bulan puasa. Sungguh nikmat bila dapat nikmati kuih tradisi ini. Takkan sama dengan kuih moden sedia ada. Kalau teringin boleh cuba buat sendiri ikut resipi ini.
RESIPI BADAK BERENDAM
Bancuhan tepung :
2 1/2 cawan tpg pulut
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Caranya.
1.Campur semua bahan di atas.
2.Uli jadi doh, tekan-tekan bagi leper.
3.Masukkan inti. bulat-bulatkan.
4.Rebus doh tadi,tunggu dia timbul baru angkat.
Bancuhan inti :
1/2 biji kelapa parut
2 sudu gula pasir
5 sudu gula merah
1/2 sudu kecil garam
Daun pandan simpul
1/4 cawan air
Caranya.
1.Campur semua bahan di atas
2.Masak guna api sederhana. Kacau hingga kering.
3.Bila dah sejuk, bulat-bulatkan inti untuk letak dalam tepung.
Bancuhan santan :
3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras (bancuh guna air biasa)
1 sudu kecil garam
Daun pandan simpul
Caranya
1.Campur semua bahan di atas, masak guna api sederhana sambil kacau sehingga pekat sikit tutup api.
2.Bila dah siap rebus doh kuih tadi
3.Tuang bancuhan santan
Ada yang tertanya-tanya, macam mana nak masak lempeng yang sedap dan tak melekat. Ada petua ke? Masa dahulu jika waktu-waktu pagi, lempeng antara menu sarapan popular yang mudah dimasak. Ringkas sahaja tetapi rasanya sedap bukan main. Ada yang nipis, ada yang tebal. Elok je hasilnya. Makan panas-panas memang membuka selera. Terasa nak makan Lempeng? Jom cuba resipi perkongsian saudari Misza Manap ni. Beliau juga kongsi cara beliau masak lempeng tanpa lekat di kuali. Wow… Jom cuba. Cicah dengan Sambal Sardin, sedap ni. Pasti puas hati.
RESIPI LEMPENG SEDAP & PETUA UNTUK ELAK LEKAT KETIKA DIMASAK
CARA MEMASAK: 1. Dalam bekas bersesuainya, satukan tepung gandum, telur, garam dan marjerin. Sebatikan. 2. Tuang air sedikit demi sedikit dan adun lagi hingga dapat bancuhan seakan adunan kuih ketayap. 3. Petua lempeng tidak melekat di kuali adalah, tambah marjerin dalam adunan. Bila sudah letak marjerin, tidak perlu sapu minyak pada kuali ketika memasak. Adunan tidak melekat. 4. Masak lempeng guna kuali kecil dan menggunakan api kecil sahaja. Angkat dan nikmati bersama aneka sambal pilihan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.