Buat adik-adik lepasan PT 3 Kolej Vokasional beri peluang kemahiran tinggi bagi mereka yang berminat dengan kulinari. Sistem pengajiannya 70 peratus kemahiran dan cuma 30 peratus sahaja akademik. Kolej Vokasional Gerik, Perak adalah antara kolej vokasional yang membuka peluang ini.
Ditubuhkan pada tahun 2000 dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Gerik . Pada 2014 ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional Gerik. Pengarah Kolej ialah Hamid Jumhari. Waktu pembelajaran pula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Gerik diwujudkan pada tahun 2105 dengan penawaran dua program iaitu Seni Kulinari dan Bakeri & Pastri. Pelajar pengambilan pertama adalah seramai 30 orang bagi setiap program. Jumlah terkini bagi program Seni Kulinari lebih 80 orang dan program Bakeri & Pasti lebih 80 juga dengan 12 pensyarah.
Ads
Jangkamasa kursusnya adalah selama empat tahun lima bulan (dua tahun-Sijil Vokasional Malaysia) dan Diploma Vokasional Malaysia (dua tahun-Diploma Kemahiran Malaysia dan lima bulan Latihan Industri ‘on job trainning’.
Cara pembelajaran adalah teori dan praktikal mengikut Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Di kolej ini juga disediakan kemudahan bengkel yang lengkap.Kelebihan memilih kursus di sini adalah pembelajarannya sepenuhnya ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ads
Suasana pembelajarannya juga adalah kondusif dan menekankan kemahiran bagi melahirkan pekerja mahir dalam memenuhi permintaan yang tinggi daripada pihak industri. Paling ‘best’ Kolej Vokasional ini juga sentiasa mengadakan kursus-kursus yang membabitkan chef dan penggiat industri.
Ads
Pelajar juga diberi peluang menyertai pameran untuk mempromosikan program dan memberi pendedahan kepada pelajar menyertai pertandingan.Pelajar juga terlibat dalam kerja kemasyarakatan bagi meningkatkan keyakinan diri dan menggunakan kemahiran yang dipelajari.
Maklumat lanjut layari www.kvgerik.com
Alamat : KM 4, Jalan Kuala Rul, 33300, Gerik, Perak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake adalah yang terbaik seperti diharapkan. Korang kena buat beberapa perkara berikut;
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
Asingkan bahan kering dengan bahan basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, menega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
Jarang kita nak jumpa pisang goreng yang rangup dan tidak benyai bila dah sejuk. Yang peliknya, kalau emak buat elok saja. Apa rahsia emak kita tu agaknya ya?
Sebenarnya bancuhan tepung sadur yang betul menyumbang kepada hasil pisang goreng yang ‘memberangsangkan’. Sebab itulah, kita kena tahu cara yang betul untuk membuat tepung sadur itu.
RASA nak berkongsi beberapa petua yang diperoleh dari emak admin sendiri. Beginilah cara dia buat pisang goreng yang tak pernah tak habis kalau dia buat. Berebut-rebut makan!
CARA BUAT TEPUNG SADUR YANG OHSEM!
1. GUNA KAPUR MASAKAN
Ketika anda membancuh tepung sadur tu, campurkan 1 sudu besar kapur masakan dalam bancuhannya. Nisbah tepung:-
2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum
*Kemudian masukkan 1 sudu kecil garam dan serbuk kunyit. Masukkan air dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
2. CAMPURKAN MINYAK
Tambahkan sedikit minyak panas ke dalam bancuhan tepung sadur dan gaul rata. Kemudian bolehlah digunakan untuk sadur pisang dan digoreng.
3. GANTIKAN TEPUNG BERAS DENGAN TEPUNG PULUT
Biasanya kita gunakan tepung beras, tapi cuba gantikan dengan tepung pulut. Nisbah tepung:
3 cawan tepung beras dengan 2 cawan tepung pulut
*Kemudian campurkan dengan sebiji telur, sedikit garam dan serbuk kunyit.
4. TAMBAHKAN KELAPA PARUT
Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.
5. LETAK SEDIKIT SODA BIKARBONAT
Letak sedikit soda bikarbonat dalam bancuhan tepung. Dengan cara ini, tepung sadur akan ‘mengembang’ dan menjadi rangup.
6. GUNAKAN MENTEGA
Boleh juga tambahkan lebih kurang 2 sudu besar mentega cair dalam bancuhan tepung sadur anda.
INFO: Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.
30 tahun lalu seorang anak muda berasal dari Kluang, Johor,Chef Alwi Mahfodz memulakan karier menjadi seorang tukang masak. Pendedahan mengenai dunia kulinari bermula pada tahun 1989 sewaktu di Maritime Academy Malaysia,Melaka.
Pada tahun 1990, dia memulakan pelayaran kapal pertama.Selama tujuh tahun berlayar ke 25 buah negara memberi banyak pengalaman dalam dunia masakan. Sekembali ke Malaysia, ditawarkan bekerja di hotel lima bintang JW Marriot dan beberapa restoren mewah yang lain.Pengalaman melihat negara luar ketika usia masih muda iaitu 19 tahun dan bekerja bersama chef terkemuka di pelbagai jenis kulinari menjadikan dirinya kreatif dan sentiasa berwawasan dalam bisnes yang dikendalinya kini.
Akui Chef Alwi minat memasak turun daripada bapanya. Bapa ialah cikgu pertama buat dirinya dalam hal memasak. Selama bekerja antara pencapaiannya ialah dianugerah sebagai pekerja cemerlang dari Restoran Shook (tahun 2000 -2001), menjadi konsultan restoran di Brunei dan terlibat dalam pembukaan 15 buah restoran.
Dalam bekerja dia sentiasa memberi lebih dan berdisiplin. “Bagi mendapat resipi yang sempurna saya kena mencari chef atau yang pakar dalam bidang masing-masing.Bekerja dengan mereka adalah salah satu cara untuk mendapatkan resipi yang sempurna. Perlu selalu bertanya,”akuinya
Bisnes makanan
Chef Alwi mengusahakan restoran yang berlokasi di Wisma Central, Jalan Ampang yang menghidangkan pelbagai hidangan. Antara menunya ialah Nasi Ayam ,Ayam Kukus Berempah ,Ala carte serta sarapan pagi.
Terbaru yang diusahakan ialah pengeluaran sosej dengan jenama Alwi’s food.”Bisnes sosej bermula kerana sosej di pasaran mengandungi bahan-bahan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak kanak. Ia mengandungi pewarna,pengawet,bahan tiruan dan perasa.
Ada beberapa variasi sosej yang dikeluarkan, dua jenis ayam dan sosej kambing pedas. Sosej kambing pedas tanpa pengawet dan pewarna serta 100 % daging kambing. Sosej kambing pedas adalah makanan yang diproses RTA (Ready To Eat). Keenakannya memberi kepuasan pedas semulajadi.
Misinya untuk mengeluarkan makanan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ia dikeluarkan bagi memudahkan mereka yang terlalu sibuk dengan karier masing-masing. Sosej kambing ini juga bertujuan bagi menambah nilai pengambilan makanan kepada kanak-kanak.Tambahan pula kambing adalah makanan Sunnah Nabi.
Memandangkan kesan pandemik ini turut memberi kesan terhadap peniaga makan sepertinya, dia tampil dengan idea untuk menjual pulut panggang. ” Tiga bulan lepas saya buat pulut panggang jual tepi Jalan Ampang dekat dengan restoran saya. Alhamdulillah boleh jual 200 ke 300 biji sehari. Saya jual nasi kukus ayam dara juga
kerana orang office area KLCC kurang sangat, semua bekerja dari rumah . Jualan street food sangat membantu untuk fasa survival musim covid 19,”ujarnya.
Konsep ONE ROASTERS KITCHEN adalah urban street food di mana makanan tradisional dimodenkan cara dengan letakkan di booth dalam food display yang lebih kemas supaya kebersihan dan kualiti terjamin dan harga hanya RM 1.
Pulut panggang ini istimewa kerana beras pulut dikukus menggunakan pengukus moden sekali kukus boleh kukus 20 kg sekaligus .Citarasa Johor membuatkan rasa inti sedikit pedas dan manis serta menggunakan udang kering gred A.
Bahan rahsia yang digunakan ialah udang kering gred A, rempah ratus seperti ketumbar dan jintan serta daun kunyit dihiris halus untuk menaikkan rasa unik pada inti pulut panggang.
MENU INSPIRASI CHEF ALWI
Sosej Kambing Pedas Panggang bersama labu bakar, bawang putih bakar dan cheese sauce Bahan-bahan
1 biji labu
1 ulas bawang putih
Sosej kambing pedas
Minyak zaitun
Sos cheese
Lada hitam
Garam
Cara memasak:
1. Sebiji labu dibelah empat, ambil ¼ ditabur lada hitam, garam dan minyak zaitun. Dibakar dalam oven selama 1 jam.
2.Bawang putih dibakar ½ jam di dalam oven.
3.Panggang sosej kambing
4.Tabur sos cheese , siap untuk dimakan.
Portobello Mushroom bersama jem epal dan cuka anggur Bahan-bahan:
3 biji Portobello mushroom
2 biji epal hijau
Gula dan garam secukupnya
Serbuk kayu manis
Lemon
Lada hitam
Unsalted butter
Cara memasak:
1.Kopek kulit epal kemudian potong dadu.
2.Panaskan kuali masukkan unsalted butter, epal, gula, lemon, kayu manis dan lada hitam. Panaskan sehingga lembut.
3.Buang batang tengah Portobello mushroom
4.Masukkan jem epal di tengah cendawan.
5.Panggang cendawan sehingga masak.
6.Hidangkan bersama cuka anggur.
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.